Sesungguhnya aku tidak diutuskan untuk memutuskan ikatan kekeluargaan

TEKS BAHASA ARAB

أقبل، فإني لم أبعث بقطيعة رحم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ke marilah kamu, sesungguhnya aku tidak diutuskan untuk memutuskan ikatan kekeluargaan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 47, hadis nombor 191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حصين بن وحوح أن طلحة بن البراء – رضي الله عنه – لما لقي النبي صلى الله عليه وسلم قال: يا رسول الله! مرني بما أحببت ولا أعصي لك أمراً، فعجب لذلك النبي – صلى الله عليه وسلم -، وهو غلام، فقال له عند ذلك: ((اذهب فاقتل أباك)) قال: فخرج مولياً ليفعل، فدعاه، فقال له: ((أقبل، فإني لم أبعث بقطيعة رحم)) فمرض طلحة بعد ذلك، فأتاه النبي – صلى الله عليه وسلم – يعوده في الشتاء في برد وغيم، فلما انصرف قال لأهله: ((لا أرى طلحة إلا قد حدث فيه الموت، فآذنوني به حتى أشهده وأصلي عليه، وعجلوه)).فلم يبلغ النبي – صلى الله عليه وسلم – بني سالم بن عوف حتى توفي، وجن عليه الليل، وكان فيما قال طلحة: ادفنوني، وألحقوني بربي عز وجل، ولا تدعوا رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فإني أخاف اليهود؛ أن يصاب في سببي، فأخبر النبي – صلى الله عليه وسلم – حين أصبح، فجاء حتى وقف على قبره، فصف الناس معه، ثم رفع يديه، فقال: ((اللهم الق طلحة تضحك إليه، ويضحك إليك)).
[طب، ((الضعيفة)) (3232)]

(Lemah) Daripada Ḥuṣayn ibn Waḥwaḥ bahawa Ṭalḥah ibn al-Barā’ RA ketika bertemu dengan Nabi SAW telah berkata: "Wahai Rasulullah, arahkanlah aku terhadap perkara yang kamu sukai dan aku tidak akan menyelisihi arahan kamu." Maka Nabi SAW berasa kagum dengan hal tersebut kerana dia masih seorang budak. Maka Baginda SAW telah berkata kepadanya: "Pergilah kamu dan bunuhlah bapamu." (Ḥuṣayn) telah berkata: "Lalu dia pun beredar untuk melakukannya. Kemudian Baginda SAW memanggilnya: "Ke marilah kamu, sesungguhnya aku tidak diutuskan untuk memutuskan ikatan kekeluargaan." Kemudian Ṭalḥah pun sakit selepas itu dan Nabi SAW telah datang menziarahinya pada musim sejuk dalam kesejukan dan cuaca yang mendung. Ketika ingin beredar, Baginda SAW telah bersabda kepada keluarganya: "Aku tidak melihat Ṭalḥah melainkan dia telah hampir meninggal dunia, maka izinkanlah aku untuk membuatnya bersyahadah serta mensolatkan ke atas jenazahnya, dan bersegeralah." Dan belum pun sempat Nabi SAW sampai ke Bani Sālim Ibn ‘Awf, beliau telah meninggal dunia dan malam pun semakin gelap. Antara perkara yang disebutkan oleh Ṭalhah: "Kebumikanlah aku dan temukanlah aku dengan Tuhanku ‘Azza wa Jalla dan janganlah kamu memanggil Rasulullah SAW. Sesungguhnya aku takut kepada golongan Yahudi, Baginda SAW akan ditimpa musibah disebabkan aku." Maka telah diberitahukan kepada Nabi SAW pada waktu pagi (tentang kematian Ṭalḥah). Baginda SAW pun datang dan berdiri di kuburnya. Lalu orang ramai pun membuat saf bersama Baginda SAW dan Baginda SAW telah mengangkat kedua tangannya lalu berdoa: "Ya Allah, bertemulah dengan Ṭalḥah dalam keadaan Engkau ketawa (tersenyum) kepadanya dan dia ketawa kepada-Mu."
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3232]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs