Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku terlalu berlarutan dalam bilik ini

Teks Bahasa Arab

إِنِّي لأَلِجُ هَذِهِ الْغُرْفَةَ مَا أَلِجُهَا حِينَئِذٍ إِلا خَشْيَةَ أَنْ يَكُونَ فِيهَا مَالٌ، فَأُتَوَفَّى وَلَمْ أُنْفِقْهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya aku terlalu berlarutan dalam bilik ini, namun aku tidaklah berlarutan sebegini melainkan kerana takut terdapat harta di dalamnya, lalu aku diwafatkan dalam keadaan belum menginfakkannya.

Sahabat Perawi

  1. Samurah bin Jundub RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1111, hadis no. 5622. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سمرة بن جندب رضي الله عنه، قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إِنِّي لأَلِجُ هذهِ الغرفةَ ما أَلِجُهَا إلَّا خَشيةَ أن يكونَ فيها مالٌ، فَأُتوَفَّى ولم أُنفِقهُ. [طب، الضعيفة (6745)].

(Lemah) Daripada Samurah bin Jundub RA, beliau berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya aku terlalu berlarutan dalam bilik ini, namun aku tidaklah berlarutan sebegini melainkan kerana takut terdapat harta di dalamnya, lalu aku diwafatkan dalam keadaan belum menginfakkannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6745]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.