Sesungguhnya aku telah mewajibkan ke atas umatku untuk membaca surah Yasin pada setiap malam

TEKS BAHASA ARAB

إني فرضت على أمتي قراءة {يس} كل ليلة، فمن داوم على قراءتها كل ليلة ثم مات؛ مات شهيدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku telah mewajibkan ke atas umatku untuk membaca surah Yasin pada setiap malam. Maka barang siapa yang melazimkan membacanya pada setiap malam kemudian dia meninggal dunia, nescaya dia telah mati syahid.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1772, hadis nombor 8921. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إني فرضت على أمتي قراءة {يس} كل ليلة، فمن داوم على قراءتها كل ليلة ثم مات؛ مات شهيدا)). [أبو الشيخ في ((الثواب))، الشجري، السيوطي في ((ذيل الأحاديث الموضوعة))، ((الضعيفة)) (6844)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku telah mewajibkan ke atas umatku untuk membaca surah Yasin pada setiap malam. Maka barang siapa yang melazimkan membacanya pada setiap malam kemudian dia meninggal dunia, nescaya dia telah mati syahid.
[Riwayat Abū al-Syaikh dalam al-Thawāb, al-Shajarī dalam al-Amālī, al-Suyūṭī dalam Dhayl al-Aḥādīth al-Mauḍū‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6844]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs