Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنِّي فرضتُ على أمتي قراءةَ {يس} كلَّ ليلةٍ، فمن داوَمَ على قراءتِها كلَّ ليلةٍ ثم ماتَ؛ ماتَ شهيدًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku telah mewajibkan ke atas umatku untuk membaca surah Yasin pada setiap malam. Maka barang siapa yang melazimkan membacanya pada setiap malam kemudian dia meninggal dunia, nescaya dia telah mati syahid.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1772, hadis no. 8921. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إني فرضت على أمتي قراءة {يس} كل ليلة، فمن داوم على قراءتها كل ليلة ثم مات؛ مات شهيدا)). [أبو الشيخ في ((الثواب))، الشجري، السيوطي في ((ذيل الأحاديث الموضوعة))، ((الضعيفة)) (6844)]
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku telah mewajibkan ke atas umatku untuk membaca surah Yasin pada setiap malam. Maka barang siapa yang melazimkan membacanya pada setiap malam kemudian dia meninggal dunia, nescaya dia telah mati syahid. [Riwayat Abū al-Syaikh dalam al-Thawāb, al-Shajarī dalam al-Amālī, al-Suyūṭī dalam Dhayl al-Aḥādīth al-Mauḍū‘ah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6844]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman