Sesungguhnya aku telah menghimpunkan (dua biji), maka kalian himpunkanlah juga (dua biji)

TEKS BAHASA ARAB

إني قد قرنت فاقرنوا. يعني: في التمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku telah menghimpunkan (dua biji), maka kalian himpunkanlah juga (dua biji). Iaitu buah kurma masak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 411, hadis nombor 2210. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: كنت في الصفة؛ فبعث إلينا النبي ﷺ عجوة، فكنا نقرن الثنتين من الجوع، فيقول لأصحابه: «إِنِّي قَدْ قَرَنْتُ فَاقْرُنُوا. يَعني: في التَّمرِ». [حل، البزار، «الضعيفة» (4880)].

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Pernah ketika aku berada di bawah teduhan, lalu Nabi ﷺ mengirimkan kurma Ajwa kepada kami. Lalu kami menghimpunkan (mengambil) dua biji kerana lapar. Maka Baginda ﷺ bersabda kepada sahabatnya: "Sesungguhnya aku telah menghimpunkan (dua biji), maka kalian himpunkanlah juga (dua biji)". [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah dan al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4880].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs