Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku telah menggaru kemaluanku

Teks Bahasa Arab

إنِّي كنتُ حكَكتُ ذَكَري.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya aku telah menggaru kemaluanku.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 813, hadis no. 4191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة–رضي الله عنها- أن النبي -صلى الله عليه وسلم- أعاد الوضوء في مجلس؛ فسألوه عن ذلك؛ فقال: ((إني كنت حككت ذكري)). [أبو عثمان النجيرمي ((هكذا في الأصل، وهو خطأ، وصوابه: البحيري) في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (6206)].

(Munkar) Daripada Aisyah RA bahawa Nabi SAW memperbaharui wuduk dalam satu majlis, lalu baginda ditanya tentang itu? Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya aku telah menggaru kemaluanku.” [Riwayat Abu 'Uthman al-Nujairimi (begini asalnya dan ia salah, betulnya: al-Bahairi) dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6206]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.