Sesungguhnya aku telah mengahwinkan kamu dengan seseorang yang bukan penipu

TEKS BAHASA ARAB

لقد زوجتك غير دجال. يعني عليا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku telah mengahwinkan kamu dengan seseorang yang bukan penipu. Iaitu Ali

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1091, hadis nombor 5545. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حجر بن عنبس قال: لما زوج رسول الله صلى الله عليه وسلم فاطمة من علي رضي الله عنهما قال: لقد زَوَّجْتُكِ غيرَ دجَّالٍ. [عق، الضعيفة (6392)].

(Lemah) Daripada Hujr bin ‘Anbas, beliau berkata, ketika Rasulullah SAW mengahwinkan Fatimah dengan ‘Ali RA, Baginda berkata: Sesungguhnya aku telah mengahwinkan kamu dengan seseorang yang bukan penipu. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6492]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs