Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَقَدْ زَوَّجْتُكِ غَيْرَ دَجَّالٍ. يَعْنِي عَلِياً.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku telah mengahwinkan kamu dengan seseorang yang bukan penipu. Iaitu Ali
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1091, hadis no. 5545. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن حجر بن عنبس قال: لما زوج رسول الله صلى الله عليه وسلم فاطمة من علي رضي الله عنهما قال: لقد زَوَّجْتُكِ غيرَ دجَّالٍ. [عق، الضعيفة (6392)].
(Lemah) Daripada Hujr bin ‘Anbas, beliau berkata, ketika Rasulullah SAW mengahwinkan Fatimah dengan ‘Ali RA, Baginda berkata: Sesungguhnya aku telah mengahwinkan kamu dengan seseorang yang bukan penipu. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6492]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman