Sesungguhnya aku telah melihatnya di syurga, disebabkan dia sering mengutip kotoran di masjid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إني رأيتها في الجنة، لما كانت تلقط القذى من المسجد – يعني: المرأة -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Sesungguhnya aku telah melihatnya di syurga, disebabkan dia sering mengutip kotoran di masjid". Baginda maksudkan wanita tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 372, hadis nombor 1976. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -: أن امرأة كانت تلقط القذى من المسجد، فتوفيت فلم يؤذن النبي بدفنها فقال النبي ﷺ: «إذا مات منكم ميت؛ فآذوني» و صلى عليها، وقال: «إني رأيتها في الجنة، لما كانت تلقط القذى من المسجد». [طب، «الضعيفة» (6718)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA: Sesungguhnya ada seorang wanita yang sering mengutip kotoran di masjid. Wanita itu lalu meninggal dunia namun mereka tidak memberitahu Nabi tentang pengkebumiannya. Nabi ﷺ pun bersabda: "Jika seseorang daripada kalangan kalian meninggal dunia, maka beritahulah aku". Baginda menunaikan solat (jenazah) baginya, dan baginda bersabda: "Sesungguhnya aku telah melihatnya di syurga, disebabkan dia sering mengutip kotoran di masjid." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6718].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.