Sesungguhnya aku telah melihat suatu keajaiban pada malam tadi

TEKS BAHASA ARAB

إني رأيت ‌البارحة عجبا: 1 – رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءه وضوءه فاستنقذه من ذلك. 2 – ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر فجاءته صلاته فاستنقذته من ذلك. 3 – ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين فجاءه ذكر الله فخلصه منهم. 4 – ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا فجاءه صيام رمضان فسقاه. 5 – ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن شماله ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة فجاءته حجته وعمرته فاستخرجاه من الظلمة. 6 – ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بره لوالديه فرده عنه. 7 – ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلة الرحم فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم. 8 – ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين وهم حلق حلق كلما مر على حلقة طرد فجاءه اغتساله من الجنابة فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي. 9 – ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه فجاءته صدقته فصارت ظلا على رأسه وسترا عن وجهه. 10 – ورأيت رجلا من أمتي جاءته زبانية العذاب فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من ذلك. 11 – ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله فأخرجته من النار. 12 – ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله فجاءه خوفه من الله تعالى فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه. 13 – ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه. 14 – ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم فجاءه وجله من الله تعالى فاستنقذه من ذلك. 15 – ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة فجاءه حسن ظنه بالله تعالى فسكن رعدته. 16 – ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة ويحبو مرة فجاءته صلاته علي فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز. 17 – ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله فأخذت بيده فأدخلته الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku telah melihat suatu keajaiban pada malam tadi. 1- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku telah digertak oleh malaikat dengan azab, lalu wuduknya datang dan menyelamatkannya daripada yang demikian. 2- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku telah dibentangkan azab kubur baginya, lalu solatnya datang dan menyelamatkannya daripada yang demikian. 3- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku telah ditakutkan oleh para syaitan, lalu zikir kepada Allah datang lalu menyelamatkannya daripada mereka. 4- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku sedang terjelir kehausan, lalu datanglah puasa Ramadan lalu memberinya minum. 5- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, ada kegelapan di hadapannya, di belakangnya, di kanannya, di kirinya, di atasnya dan di bawahnya. Lalu datanglah haji dan umrahnya, mengeluarkan dia daripada kegelapan. 6- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku telah datang malaikat maut kepadanya untuk mengambil rohnya. Lalu datanglah kebajikannya kepada kedua ibu bapanya menolak kematian itu daripadanya. 7- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku bercakap dengan orang-orang beriman namun mereka tidak bercakap dengannya. Lalu datanglah perhubungannya silaturahim lalu ia berkata: “Sesungguhnya dia ini dahulu menyambungkan hubungan silaturahim”. Lalu dia pun bercakap dengan mereka dan mereka pun bercakap dengannya dan dia pun menjadi salah seorang daripada mereka. 8- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku mendatangi para nabi, dalam keadaan mereka berada dalam bulatan-bulatan. Setiap kali dia mendatangi satu bulatan, dia dihalau. Lalu datanglah mandian junubnya mengambil tangannya dan mendudukkannya di tepiku. 9- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku melindungi wajahnya daripada bahang api neraka dengan tangannya. Lalu datanglah sedekahnya menjadi teduhan di atas kepalanya dan penghadang (api) daripada wajahnya. 10- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, malaikat Zabaniyah al-Adzab telah datang kepadanya, lalu datanglah suruhannya kepada kebaikan dan larangannya daripada kemungkaran menyelamatkan dia daripada yang demikian. 11- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku telah jatuh ke dalam api neraka. Lalu datanglah air matanya yang dia telah tangisi di dunia kerana takutkan Allah, lantas mengeluarkannya daripada api neraka. 12- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, catatan amalannya telah pergi ke tangan kirinya. Lalu datanglah ketakutannya kepada Allah Taala lalu mengambil catatannya dan menjadikannya di tangan kanannya. 13- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, timbangannya telah menjadi ringan. Lalu datanglah amalan kebajikannya memberatkan timbangan neracanya. 14- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku berada di tebing neraka jahanam, lalu datanglah sifat malunya kepada Allah Taala menyelamatkannya. 15- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku menggigil seperti menggigilnya pelepah pokok, lalu datanglah sangka baiknya kepada Allah Taala lalu menenangkan gigilannya. 16- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku seskali dia merayap di atas titian sirat dan sesekali dia merangkak. Lalu datanglah selawatnya kepadaku mengambil tangannya, mengangkatnya untuk berdiri di atas titian sirat sehinggalah dia melepasinya. 17- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku sudah sampai ke pintu syurga, lalu pintu-pintu itu ditutup tanpanya. Lalu datanglah persaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, mengambil tangannya dan memasukkannya ke dalam syurga.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 573-574, hadis nombor 2963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن عبد الرحمن بن سمرة – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إني رأيت ‌البارحة عجبا :1 – رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءه وضوءه فاستنقذه من ذلك. 2 – ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر فجاءته صلاته فاستنقذته من ذلك. 3 – ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين فجاءه ذكر الله فخلصه منهم. 4 – ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا فجاءه صيام رمضان فسقاه. 5 – ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن شماله ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة فجاءته حجته وعمرته فاستخرجاه من الظلمة. 6 – ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بره لوالديه فرده عنه. 7 – ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلة الرحم فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم. 8 – ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين وهم حلق حلق كلما مر على حلقة طرد فجاءه اغتساله من الجنابة فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي. 9 – ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه فجاءته صدقته فصارت ظلا على رأسه وسترا عن وجهه. 10 – ورأيت رجلا من أمتي جاءته زبانية العذاب فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من ذلك. 11 – ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله فأخرجته من النار. 12 – ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله فجاءه خوفه من الله تعالى فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه. 13 – ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه. 14 – ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم فجاءه وجله من الله تعالى فاستنقذه من ذلك. 15 – ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة فجاءه حسن ظنه بالله تعالى فسكن رعدته. 16 – ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة ويحبو مرة فجاءته صلاته علي فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز. 17 – ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله فأخذت بيده فأدخلته الجنة». [الطبراني في «الأحاديث الطوال»، «الضعيفة» (7129)].

(Sangat Munkar) Daripada Abd al-Rahman bin Samurah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Sesungguhnya aku telah melihat suatu keajaiban pada malam tadi. 1- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku telah digertak oleh malaikat dengan azab, lalu wuduknya datang dan menyelamatkannya daripada yang demikian. 2- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku telah dibentangkan azab kubur baginya, lalu solatnya datang dan menyelamatkannya daripada yang demikian. 3- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku telah ditakutkan oleh para syaitan, lalu zikir kepada Allah datang lalu menyelamatkannya daripada mereka. 4- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku sedang terjelir kehausan, lalu datanglah puasa Ramadan lalu memberinya minum. 5- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, ada kegelapan di hadapannya, di belakangnya, di kanannya, di kirinya, di atasnya dan di bawahnya. Lalu datanglah haji dan umrahnya, mengeluarkan dia daripada kegelapan. 6- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku telah datang malaikat maut kepadanya untuk mengambil rohnya. Lalu datanglah kebajikannya kepada kedua ibu bapanya menolak kematian itu daripadanya. 7- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku bercakap dengan orang-orang beriman namun mereka tidak bercakap dengannya. Lalu datanglah perhubungannya silaturahim lalu ia berkata: “Sesungguhnya dia ini dahulu menyambungkan hubungan silaturahim”. Lalu dia pun bercakap dengan mereka dan mereka pun bercakap dengannya dan dia pun menjadi salah seorang daripada mereka. 8- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku mendatangi para nabi, dalam keadaan mereka berada dalam bulatan-bulatan. Setiap kali dia mendatangi satu bulatan, dia dihalau. Lalu datanglah mandian junubnya mengambil tangannya dan mendudukkannya di tepiku. 9- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku melindungi wajahnya daripada bahang api neraka dengan tangannya. Lalu datanglah sedekahnya menjadi teduhan di atas kepalanya dan penghadang (api) daripada wajahnya. 10- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, malaikat Zabaniyah al-Adzab telah datang kepadanya, lalu datanglah suruhannya kepada kebaikan dan larangannya daripada kemungkaran menyelamatkan dia daripada yang demikian. 11- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku telah jatuh ke dalam api neraka. Lalu datanglah air matanya yang dia telah tangisi di dunia kerana takutkan Allah, lantas mengeluarkannya daripada api neraka. 12- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, catatan amalannya telah pergi ke tangan kirinya. Lalu datanglah ketakutannya kepada Allah Taala lalu mengambil catatannya dan menjadikannya di tangan kanannya. 13- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku, timbangannya telah menjadi ringan. Lalu datanglah amalan kebajikannya memberatkan timbangan neracanya. 14- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku berada di tebing neraka jahanam, lalu datanglah sifat malunya kepada Allah Taala menyelamatkannya. 15- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku menggigil seperti menggigilnya pelepah pokok, lalu datanglah sangka baiknya kepada Allah Taala lalu menenangkan gigilannya. 16- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku seskali dia merayap di atas titian sirat dan sesekali dia merangkak. Lalu datanglah selawatnya kepadaku mengambil tangannya, mengangkatnya untuk berdiri di atas titian sirat sehinggalah dia melepasinya. 17- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku sudah sampai ke pintu syurga, lalu pintu-pintu itu ditutup tanpanya. Lalu datanglah persaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, mengambil tangannya dan memasukkannya ke dalam syurga”. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Ahadith al-Tiwal. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7129].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs