Sesungguhnya aku telah melihat diriku pada hari Uhud

TEKS BAHASA ARAB

لقد رأيتني يوم أحد وما في الأرض قربي مخلوق غير جبريل عن يميني، وطلحة عن يساري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku telah melihat diriku pada hari Uhud dan tidak ada makhluk yang dekat denganku melainkan Jibril di sisi kananku manakala Ṭalhah di sisi kiriku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1851, hadis nombor 9342. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: لما وضعت الحرب أوزارها؛ افتخر رسول الله ﷺ، وطلحة ساكت، وسماك بن خرشة أبو دجانة ساکت لا ينطق، فقال رسول الله ﷺ: ((لقد رأيتني يوم أحد وما في الأرض قربي مخلوق غير جبريل عن يميني، وطلحة عن يساري)). [ك، ((الضعيفة)) (٤٣٥٩)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Ketika peperangan itu telah berakhir, Rasulullah SAW berbesar hati dan berbangga sedangkan Ṭalhah dan Simāk bin Kharasyah Abū Dujānah berdiam dan tidak berbicara. Maka Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku telah melihat diriku pada hari Uhud dan tidak ada makhluk yang dekat denganku melainkan Jibril di sisi kananku manakala Ṭalhah di sisi kiriku. [Riwayat al-Hākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4359]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs