Shaz Atau Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku telah diutuskan sebagai rahmah dan aku bukan diutuskan sebagai azab

Teks Bahasa Arab

إِنَّما بعثْتُ رحمةً، ولم أبْعَثْ عذابًا.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya aku telah diutuskan sebagai rahmah dan aku bukan diutuskan sebagai azab.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Shaz Atau Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 51, hadis no. 214. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ أو منكر) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قيل: يا رسول الله: ادع الله على المشركين. فقال: ((إنما بعثت رحمة ولم أبعث عذاباً)). [أبو بكر أحمد بن جرير السلماسي في ((حديث أبي علي اللحياني))، ((الضعيفة)) (3220)].

(Shaz atau Munkar) Daripada Abū Hurayrah RA beliau berkata: “Dikatakan: Wahai Rasulullah, berdoalah kamu kepada Allah SWT ke atas golongan musyrikin (bagi kehancuran mereka). Lalu Baginda SAW telah bersabda: ((Sesungguhnya aku telah diutuskan sebagai rahmah dan aku bukan diutuskan sebagai azab.)) [Riwayat Abū Bakr Aḥmad ibn Jarīr al-Silmāsī dalam hadis Abū ‘Alī al-Liḥyānī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3220].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.