TEKS BAHASA ARAB
دخل واثلة بن الأَسْقَعِ على مريض يعوده فقال له: كيف تجدك؟ قال المريض : لقد خفت الله خوفاً خشيت أن لا يقوم لي بعد نظام ورجوت الله رجاء فرجائي فوق ذلك فقال: والله! الله أكبر سمعت رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول: أقسم الخوف والرجاء أن لا يجتمعا في أحد في الدنيا فَيَرَحَ ريحَ النارِ ولا يفترِقا في أحدٍ في الدنيا فَيَرَحَ ريحَ الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wāthilah ibn al-Asqa‘ masuk ke dalam rumah seorang pesakit yang diziarahinya, lalu berkata kepadanya: Bagaimanakah keadaan kamu? Pesakit itu telah menjawab: Sesungguhnya aku takutkan Allah SWT dengan ketakutan yang aku takut Dia tidak akan membangunkan aku selepas daripada itu dan aku juga telah berharap kepada Allah SWT dengan pengharapan yang lebih tinggi daripada itu. Lalu beliau telah berkata: Demi Allah Allah Maha Besar aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Perasaan takut dan perasaan berharap telah bersumpah bahawa tidak berhimpun keduanya pada diri seseorang di dunia lalu dia akan menghidu bau api neraka dan tidaklah terpisah keduanya pada diri seseorang melainkan dia akan menghidu bau syurga.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 121, hadis nombor 623. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن أبي مالك قال: دخل واثلة بن الأَسْقَعِ على مريض يعوده فقال له: كيف تجدك؟ قال المريض : لقد خفت الله خوفاً خشيت أن لا يقوم لي بعد نظام ورجوت الله رجاء فرجائي فوق ذلك فقال: والله الله أكبر سمعت رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول: أقسم الخوف والرجاء أن لا يجتمعا في أحد في الدنيا فَيَرَحَ ريحَ النارِ ولا يفترِقا في أحدٍ في الدنيا فَيَرَحَ ريحَ الجنة. [هب، الضعيفة (6149)]
(Munkar) Daripada Ibn Abū Mālik telah berkata: Wāthilah ibn al-Asqa‘ masuk ke dalam rumah seorang pesakit yang diziarahinya, lalu berkata kepadanya: Bagaimanakah keadaan kamu? Pesakit itu telah menjawab: Sesungguhnya aku takutkan Allah SWT dengan ketakutan yang aku takut Dia tidak akan membangunkan aku selepas daripada itu dan aku juga telah berharap kepada Allah SWT dengan pengharapan yang lebih tinggi daripada itu. Lalu beliau telah berkata: Demi Allah Allah Maha Besar aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Perasaan takut dan perasaan berharap telah bersumpah bahawa tidak berhimpun keduanya pada diri seseorang di dunia lalu dia akan menghidu bau api neraka dan tidaklah terpisah keduanya pada diri seseorang melainkan dia akan menghidu bau syurga. [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqī dalam al-Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6149]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.