Sesungguhnya aku tahu bahawa engkau tidak mampu memberikan sebarang manfaat mahupun mudarat

TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لما قدم ‌مكة ‌هرول، ومشى أربعا، واستلم، ثم بكى وقال: إني لأعلم أنك لا تضر ولا تنفع، ولكن هكذا فعل أبي إبراهيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW ketika datang ke Mekah berjalan (ketika tawaf) dengan cepat, dan berjalan empat pusingan, lalu baginda melakukan istilam (sentuh Hajar al-Aswad), baginda menangis dan berkata: Sesungguhnya aku tahu bahawa engkau tidak mampu memberikan sebarang manfaat mahupun mudarat, namun inilah yang dilakukan oleh ayahandaku Nabi Ibrahim.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 729, hadis nombor 3719. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن عبد الله الأنصاري – رضي الله عنه – أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لما قدم ‌مكة ‌هرول، ومشى أربعا، واستلم، ثم بكى وقال: ((إني لأعلم أنك لا تضر ولا تنفع، ولكن هكذا فعل أبي إبراهيم)). [ابن قانع في ((حديث مجاعة بن الزبير أبي عبيدة))، ((الضعيفة)) (900)]

(Munkar)
Daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari RA bahawa Rasulullah SAW ketika datang ke Mekah berjalan (ketika tawaf) dengan cepat, dan berjalan empat pusingan, lalu baginda melakukan istilam (sentuh Hajar al-Aswad), baginda menangis dan berkata: Sesungguhnya aku tahu bahawa engkau tidak mampu memberikan sebarang manfaat mahupun mudarat, namun inilah yang dilakukan oleh ayahandaku Nabi Ibrahim.
[Riwayat Ibn Qani’ dalam Hadis Majaah bin al-Zubair Abi Ubaidah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 900]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs