Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku sedang belajar al-Quran dan ianya berpaling dariku

Teks Bahasa Arab

قلِ : اللَّهمَّ ! إني أسألُكَ بمحمَّدٍ نبيِّكَ، وإبراهيمَ خليلِكَ، وموسَى نجيِّكَ، وعيسَى روحكَ وكلمَتكَ، وبكتابِ موسَى، وإنجيلِ عيسَى، وزَبورِ داودَ، وفُرقانِ مُحمَّدٍ، وبكلِّ وحيٍ أوحيتَهُ، أو قضاءٍ قضيتَهُ، أو سائلٍ أعطيتَهُ... – الحديثَ؛ وفيهِ: - أن ترزُقَني القُرآنَ والعِلمَ...) الحديَثَ.

Teks Bahasa Melayu

Katakanlah: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu dengan kepujian Nabi-Mu (Nabi Muhammad SAW), dan Nabi Ibrahim AS Kekasih-Mu, dan Nabi Musa AS yang memanggil-Mu, dan Nabi Isa AS yang merupakan Ruh-Mu dan Kalimah-Mu, dan dengan Kitab (yang diturunkan kepada) Nabi Musa AS, dan Injil Nabi Isa AS, dan Zabur Nabi Dawud AS, dan Furqān (al-Quran) Nabi Muhammad SAW, dan dengan segala wahyu yang Engkau telah wahyukan atau ketetapan yang telah Engkau tetapkan, dan peminta yang Engkau telah kabulkan… -Hadis; dan di dalamnya: - Rezekikanlah aku dengan al-Quran dan ilmu…) Hadis)”.

Sahabat Perawi

  1. Harun bin Antarah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 523, hadis no. 2772.

(موضوع) عن هارون بن عنترة، قال: أن أبا بكر أتى النبي ﷺ فقال: إني أتعلم القرآن فينفلت مني؟ فقال:«قل: اللهم ! إني أسألك بمحمد نبيك، وإبراهيم خليلك، وموسی نجيك، وعيسی روحك وكلمتك، وبكتاب موسى، وإنجيل عيسى، وزبور داود، وفرقان محمد، وبكل وحي أوحيته، أو قضاء قضيته، أو سائل أعطيته... - الحديث؛ وفيه: - أن ترزقني القرآن والعلم...) الحديث». [(فر، «الضعيفة» (5987)].

(Palsu) Daripada Hārūn ibn ‘Antarah berkata: “Sesungguhnya Abū Bakar RA datang bertemu Nabi SAW dan berkata: “Sesungguhnya aku sedang belajar al-Quran dan ianya berpaling dariku?” Baginda SAW menjawab: “Katakanlah: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu dengan kepujian Nabi-Mu (Nabi Muhammad SAW), dan Nabi Ibrahim AS Kekasih-Mu, dan Nabi Musa AS yang memanggil-Mu, dan Nabi Isa AS yang merupakan Ruh-Mu dan Kalimah-Mu, dan dengan Kitab (yang diturunkan kepada) Nabi Musa AS, dan Injil Nabi Isa AS, dan Zabur Nabi Dawud AS, dan Furqān (al-Quran) Nabi Muhammad SAW, dan dengan segala wahyu yang Engkau telah wahyukan atau ketetapan yang telah Engkau tetapkan, dan peminta yang Engkau telah kabulkan… -Hadis; dan di dalamnya: - Rezekikanlah aku dengan al-Quran dan ilmu…) Hadis)”.” [Riwayat oleh ad-Dailami dalam kitab al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5987].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.