Sesungguhnya aku sedang belajar al-Quran dan ia berpaling daripadaku?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

قل: اللهم ! إني أسألك بمحمد نبيك، وإبراهيم خليلك، وموسی نجيك، وعيسی روحك وكلمتك، وبكتاب موسى، وإنجيل عيسى، وزبور داود، وفرقان محمد، وبكل وحي أوحيته، أو قضاء قضيته، أو سائل أعطيته… – الحديث؛ وفيه: – أن ترزقني القرآن والعلم…) الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Katakanlah: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu dengan kepujian Nabi-Mu (Nabi Muhammad SAW), Nabi Ibrahim AS Kekasih-Mu, Nabi Musa AS yang memanggil-Mu, Nabi Isa AS yang merupakan Ruh-Mu dan Kalimah-Mu, dengan Kitab (yang diturunkan kepada) Nabi Musa AS, Injil Nabi Isa AS, Zabur Nabi Dawud AS, Furqān (al-Quran) Nabi Muhammad SAW, dan dengan segala wahyu yang Engkau telah wahyukan atau ketetapan yang telah Engkau tetapkan, dan peminta yang Engkau telah kabulkan… -Hadis; dan di dalamnya: – Rezekikanlah aku dengan al-Quran dan ilmu… Hadis.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 523, hadis nombor 2772. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن هارون بن عنترة، قال: أن أبا بكر أتى النبي ﷺ فقال: إني أتعلم القرآن فينفلت مني؟ فقال:«قل: اللهم ! إني أسألك بمحمد نبيك، وإبراهيم خليلك، وموسی نجيك، وعيسی روحك وكلمتك، وبكتاب موسى، وإنجيل عيسى، وزبور داود، وفرقان محمد، وبكل وحي أوحيته، أو قضاء قضيته، أو سائل أعطيته… – الحديث؛ وفيه: – أن ترزقني القرآن والعلم…) الحديث».
[(فر، «الضعيفة» (5987)].

(Palsu) Daripada Hārūn bin ‘Antarah berkata: “Sesungguhnya Abu Bakr RA datang bertemu Nabi SAW dan berkata: “Sesungguhnya aku sedang belajar al-Quran dan ia berpaling daripadaku?” Baginda SAW menjawab: “Katakanlah: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu dengan kepujian Nabi-Mu (Nabi Muhammad SAW), Nabi Ibrahim AS Kekasih-Mu, Nabi Musa AS yang memanggil-Mu, Nabi Isa AS yang merupakan Ruh-Mu dan Kalimah-Mu, dengan Kitab (yang diturunkan kepada) Nabi Musa AS, Injil Nabi Isa AS, Zabur Nabi Dawud AS, Furqān (al-Quran) Nabi Muhammad SAW, dan dengan segala wahyu yang Engkau telah wahyukan atau ketetapan yang telah Engkau tetapkan, dan peminta yang Engkau telah kabulkan… -Hadis; dan di dalamnya: – Rezekikanlah aku dengan al-Quran dan ilmu… Hadis”.”
[Riwayat oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5987]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.