Sesungguhnya aku sangat kuat cemburu

TEKS BAHASA ARAB

إني لغيور والله أغير مني وإن الله يحب من عباده الغيور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku sangat kuat cemburu. Tetapi Allah lebih kuat cemburu daripadaku dan sesungguhnya Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang memiliki sifat cemburu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1106-1107, hadis nombor 5606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إني لغيور والله أغير مني وإن الله يحب من عباده الغيورَ. [طس، الضعيفة (7095)].

(Palsu) Daripada ‘Ali RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku sangat kuat cemburu. Tetapi Allah lebih kuat cemburu daripadaku dan sesungguhnya Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang memiliki sifat cemburu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 7095].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs