Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنِّي لَغُيُورٌ وَاللَّهُ أَغْيَرُ مِنِّي وَإِنَّ اللهَ يُحِبُّ مِنْ عِبَادِهِ الْغُيُورَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku sangat kuat cemburu. Tetapi Allah lebih kuat cemburu daripaaku dan sesungguhnya Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang memiliki sifat cemburu.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1106-1107, hadis no. 5606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إني لغيور والله أغير مني وإن الله يحب من عباده الغيورَ. [طس، الضعيفة (7095)].
(Palsu) Daripada ‘Ali RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku sangat kuat cemburu. Tetapi Allah lebih kuat cemburu daripaaku dan sesungguhnya Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang memiliki sifat cemburu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 7095].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman