TEKS BAHASA ARAB
إني قد قرنت فاقرنوا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya aku pernah mencantumkan (antara dua biji kurma), cantumkanlah kamu akannya (iaitu: Tamar).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 210, hadis nombor 1110. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: كنت في الصفة؛ فبعث إلينا النبي – صلى الله عليه وسلم – عجوة، فكنا نقرن الثنتين من الجوع، فيقول لأصحابه: ((إني قد قرنت فاقرنوا)). [البزار، حل، ((الضعيفة)) (4880)]
(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Aku berada di Suffah. Kemudian Nabi SAW mengutuskan kepada kami kurma ‘ajwa. Maka kami menggabung (mencantumkan) dua biji kurma (untuk dimakan) disebabkan begitu lapar. Lalu baginda berkata kepada para sahabatnya: Sesungguhnya aku pernah mencantumkan (antara dua biji kurma), cantumkanlah kamu akannya (iaitu: Tamar).
[Riwayat al-Bazzar dan Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4880]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.