Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku pernah mencantumkan (antara dua biji kurma)

Teks Bahasa Arab

إنِّي قد قَرَنتُ فاقرِنوا.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya aku pernah mencantumkan (antara dua biji kurma), cantumkanlah kamu akannya (iaitu: Tamar).

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 210, hadis no. 1110. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: كنت في الصفة؛ فبعث إلينا النبي - صلى الله عليه وسلم - عجوة، فكنا نقرن الثنتين من الجوع، فيقول لأصحابه: ((إني قد قرنت فاقرنوا)). [البزار، حل، ((الضعيفة)) (4880)]

(Daif) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Aku berada di Suffah. Kemudian Nabi SAW mengutuskan kepada kami kurma ‘ajwa. Maka kami menggabung (mencantumkan) dua biji kurma (untuk dimakan) disebabkan begitu lapar. Lalu baginda berkata kepada para sahabatnya: Sesungguhnya aku pernah mencantumkan (antara dua biji kurma), cantumkanlah kamu akannya (iaitu: Tamar). [Riwayat al-Bazzar dan Abu Nu’aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4880]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.