Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku pernah masuk ke syurga dan mendengar suara disekelilingku

Teks Bahasa Arab

دخلت الجنة؛ فسمعت فيها خشفة بين يدي، فقلت: ما هذا؟ قال: بلال. قال: فمضيت؛ فإذا أكثر أهل الجة فقراء المهاجرين وذراري المسلمين، ولم أر أحدا أقل من الأغنياء والنساء. قيل لي: أما الأغنياء؛ فهم ههنا بالباب يحاسبون ويمحصون. وأما النساء؛ فألهاهن الأحمران: الذهب والحرير. قال: ثم خرجنا من أحد أبواب الجنة الثمانية، فلما كنت عند الباب؛ أتيت بكفة فوضعت فيها، ووضعت أمتي في كفة؛ فرجحت بها، ثم أتي بأبي بكر رضي الله عنه، فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي في كفة فوضعوا، فرجح أبو بكر رضي الله عنه، وجيء بعمر فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي فوضعوا؛ فرجح عمر رضي الله عنه. وعرضت أمتي رجلا رجلا، فجعلوا يمرون، فاستبطأت عبد الرحمن بن عوف، ثم جاء بعد الإياس، فقلت: عبد الرحمن! فقال: بأبي وأمي يا رسول الله! والذي بعثك بالحق! ما خلصت إليك حتى ظنت أني لا أنظر إليك أبدا إلا بعد المشيبات! قال: وما ذاك؟ قال: من كثرة مالي؛ أحاسب وأمحص.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya aku pernah masuk ke syurga dan mendengar suara disekelilingku, lalu aku bertanya: Siapakah ini? (malaikat) menjawab: Itu adalah Bilal. Lalu Baginda berkata: Kemudian aku teruskan perjalanan dan ternyata kebanyakan ahli syurga daripada golongan fakir muhajirin dan keturunan mereka dari kalangan muslimin, dan aku tidak melihat golongan yang paling sedikit, melainkan mereka yang kaya raya dan golongan wanita. Kemudian dikhabarkan kepadaku: Sesungguhnya orang kaya, mereka masih di depan pintu untuk dihisab dan diteliti (amalannya). Dan golongan wanita pula telah dilalaikan dengan dua warna merah: emas dan sutera. Baginda berkata: Kemudian kami keluar daripada salah satu dari lapan pintu syurga, dan ketika aku berada di hadapan pintu, aku dihadirkan dengan timbangan dan berada di salah satu neraca, dan umatku di neraca yang lain, lalu neracaku lebih berat, kemudian dihadirkan Abu Bakar RA dan di berada di satu neraca, dan semua ummatku pula berada di neraca lain, maka neraca Abu Bakar RA lebih berat, kemudian didatangkan Umar RA untuk berada di satu neraca, dan semua umatku di neraca lain, maka neraca Umar RA lebih berat, kemudian lelaki demi lelaki diperlihatkan kepadaku dan yang paling lambat adalah Abdurrahman bin Auf yang hadir setelah Iyas, lalu aku memanggilnya: Abdurrahman! Maka dia menjawab: Demi ibu dan ayahku Wahai Rasulullah! Demi Yang Telah Mengutusmu dengan Kebenaran! Sungguh, aku terlambat menyelesaikan urusanku sehingga aku bersangka bahwa aku tak dapat menemuimu melainkan setelah diriku beruban (waktu yang lama)! Baginda bertanya: Apa sebabnya? Dia menjawab: Kerana banyaknya hartaku untuk dihisab dan diteliti.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 506, hadis no. 2697.

(منکر جدا) عن أبي أمامة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله : «دخل دخلت الجنة؛ فسمع فيها شقة بين يدي، فقلت: ما هذا؟ قال: بلال.قال: فمضيت؛ فإذا أكثر أهل الجنة فقراء المهاجرين وذراري المسلمين، ولم أر أحدا أقلّ من الأغنياء و النساء. قيل لي: أما الأغنياء؛ فهم ههنا بالباب يحاسبون ويمحصون. وأما النساء؛ فألهاهن الأحمراني: الذهب والحرير. قال: ثم خرجنا من أحد أبواب الجنة الثمانية، فلما كنت عند الباب؛ أتيت بكفة فوضعت فيها، ووضعت أمتي في كفة؛ فرجحت بها، ثم أتي بأبي بكر -رضي الله عنه-، فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي في كفة فوضعوا، فرجح أبو بكر - رضي الله عنه-، وجيء بعمر فوضع في كفة، وجيء بجميع أمتي فوضعوا؛ فرجح عمر -رضي الله عنه -، وعرضت أمتي رجلا رجلا، فجعلوا يمرون، فاستبطأت عبدالرحمن بن عوف، ثم جاء بعد الإياس، فقلت: عبدالرحمن! فقال: بأبي وأمي يا رسول الله ! والذي بعثك بالحق! ما خلصت إليك حتى ظننت أني لا أنظر إليك أبدا إلا بعد المشيبات! قال: وما ذاك؟ قال: من كثرة مالي؛ أحاسب وأمحص». [حم، «الضعيفة، (5346)]

(Sangat Munkar) Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Sesungguhnya aku pernah masuk ke syurga dan mendengar suara disekelilingku, lalu aku bertanya: Siapakah ini? (malaikat) menjawab: Itu adalah Bilal. Lalu Baginda berkata: Kemudian aku teruskan perjalanan dan ternyata kebanyakan ahli syurga daripada golongan fakir muhajirin dan keturunan mereka dari kalangan muslimin, dan aku tidak melihat golongan yang paling sedikit, melainkan mereka yang kaya raya dan golongan wanita. Kemudian dikhabarkan kepadaku: Sesungguhnya orang kaya, mereka masih di depan pintu untuk dihisab dan diteliti (amalannya). Dan golongan wanita pula telah dilalaikan dengan dua warna merah: emas dan sutera. Baginda berkata: Kemudian kami keluar daripada salah satu dari lapan pintu syurga, dan ketika aku berada di hadapan pintu, aku dihadirkan dengan timbangan dan berada di salah satu neraca, dan umatku di neraca yang lain, lalu neracaku lebih berat, kemudian dihadirkan Abu Bakar RA dan di berada di satu neraca, dan semua ummatku pula berada di neraca lain, maka neraca Abu Bakar RA lebih berat, kemudian didatangkan Umar RA untuk berada di satu neraca, dan semua umatku di neraca lain, maka neraca Umar RA lebih berat, kemudian lelaki demi lelaki diperlihatkan kepadaku dan yang paling lambat adalah Abdurrahman bin Auf yang hadir setelah Iyas, lalu aku memanggilnya: Abdurrahman! Maka dia menjawab: Demi ibu dan ayahku Wahai Rasulullah! Demi Yang Telah Mengutusmu dengan Kebenaran! Sungguh, aku terlambat menyelesaikan urusanku sehingga aku bersangka bahwa aku tak dapat menemuimu melainkan setelah diriku beruban (waktu yang lama)! Baginda bertanya: Apa sebabnya? Dia menjawab: Kerana banyaknya hartaku untuk dihisab dan diteliti. [Disebutkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5346].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.