Sesungguhnya aku mewajibkan umatku membaca surah Yasin pada setiap malam

TEKS BAHASA ARAB

إني فرضت على أمتي قراءة {يس} كل ليلة، فمن داوم على قراءتها كل ليلة ثم مات؛ مات شهيدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku mewajibkan umatku membaca surah Yasin pada setiap malam. Barang siapa yang melaziminya setiap malam kemudian dia mati, dia telah mati syahid.

STATUS

Mawdu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1584, hadis nombor 8010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: (إني فرضت على أمتي قراءة {يس} كل ليلة، فمن داوم على قراءتها كل ليلة ثم مات؛ مات شهيداً). [أبو الشيخ في ((الثواب))، الشجري، ((الضعيفة)) (6844)].

(Mawdu’)
Daripada Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya aku mewajibkan umatku membaca surah Yasin pada setiap malam. Barang siapa yang melaziminya setiap malam kemudian dia mati, dia telah mati syahid.))
[Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Thawab dan al-Shajari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6844)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.