Mawdu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنِّي فرضتُ على أمتي قراءةَ {يس} كلَّ ليلةٍ فمن داوَمَ على قراءتِها كلَّ ليلةٍ ثم ماتَ ماتَ شهيدًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku mewajibkan umatku membaca surah Yasin pada setiap malam. Barang siapa yang melaziminya setiap malam kemudian dia mati, dia telah mati syahid.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawdu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1584, hadis no. 8010. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: (إني فرضت على أمتي قراءة {يس} كل ليلة، فمن داوم على قراءتها كل ليلة ثم مات؛ مات شهيداً). [أبو الشيخ في ((الثواب))، الشجري، ((الضعيفة)) (6844)].
(Mawdu’) Daripada Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya aku mewajibkan umatku membaca surah Yasin pada setiap malam. Barang siapa yang melaziminya setiap malam kemudian dia mati, dia telah mati syahid.)) [Riwayat Abu al-Syeikh dalam al-Thawab dan al-Shajari. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6844)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman