Sesungguhnya aku menyangka salah seorang kamu apabila suaminya mendatanginya nescaya keduanya akan membuka kain mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إني لأحسب إحداكن إذا أتاها زوجها ليكشفان عنهما اللحاف ينظر أحدهما إلى عورة صاحبه كأنهما حماران؟ قال: فلا تفعلن فإن الله يمقت على ذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku menyangka salah seorang kamu apabila suaminya mendatanginya nescaya keduanya akan membuka kain mereka sehingga masing-masing melihat aurat antara satu sama lain seperti mereka merupakan dua ekor keldai? Lalu baginda berkata: Janganlah kamu melakukannya, kerana sesungguhnya Allah membenci perbuatan tersebut.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 232, hadis nombor 1230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: بينما رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يوما جالس وعنده إمرأة، إذ قال لها رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إني لأحسبكن تخبرن بما يفعل بكن أزواجكن؟)) قالت إي والله بأبي وأمي يا رسول الله! إنا لنفتخر بذلك. فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((فلا تفعلن، فإن الله يمقت من يفعل ذلك)) قال لها: ((إني لأحسب إحداكن إذا أتاها زوجها ليكشفان عنهما اللحاف ينظر أحدهما إلى عورة صاحبه كأنهما حماران؟)) قالت: أي والله بأبي وأمي إنا لنفعل ذلك، قال: ((فلا تفعلن فإن الله يمقت على ذلك)). [طب، ((الضعيفة)) (6006)]

(Sangat Munkar)
Daripada Abu Umamah RA beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW sedang duduk pada suatu hari, dan di sisi baginda ada seorang perempuan, tiba-tiba Rasulullah SAW berkata kepadanya: Sesungguhnya aku menyangka kamu (orang perempuan) menceritakan apa yang para suami kamu lakukan terhadap kamu? Perempuan itu menjawab: Ya benar demi Allah, demi bapa dan ibuku menjadi tebusanmu, wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berbangga dengan hal tersebut. Maka Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu melakukannya, kerana sesungguhnya Allah membenci mereka yang melakukan perbuatan tersebut. Rasulullah bertanya lagi kepada perempuan itu: Sesungguhnya aku menyangka salah seorang kamu apabila suaminya mendatanginya nescaya keduanya akan membuka kain mereka sehingga masing-masing melihat aurat antara satu sama lain seperti mereka merupakan dua ekor keldai? Beliau menjawab: Ya demi Allah, demi bapa dan ibuku menjadi tebusanmu, sesungguhnya kami melakukan perkara tersebut. Lalu baginda berkata: Janganlah kamu melakukannya, kerana sesungguhnya Allah membenci perbuatan tersebut.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6006]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.