Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنِّي لأحسَبُ إحداكُنَّ إذا أتاها زَوجُها ليَكْشِفانِ عَنهما اللِّحافَ ينظرُ أحدُهُما إلى عَورةِ صاحبِهِ كأنَّهما حِمارانِ؟ قالَ: فلَا تَفعَلُنَّ فإنَّ اللَّهَ يمقُتُ على ذلِكَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku menyangka salah seorang kamu apabila suaminya mendatanginya nescaya keduanya akan membuka kain mereka sehingga masing-masing melihat aurat antara satu sama lain seperti mereka merupakan dua ekor keldai? Lalu baginda berkata: Janganlah kamu melakukannya, kerana sesungguhnya Allah membenci perbuatan tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 232, hadis no. 1230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Munkar) Daripada Abu Umamah RA beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW sedang duduk pada suatu hari, dan di sisi baginda ada seorang perempuan, tiba-tiba Rasulullah SAW berkata kepadanya: Sesungguhnya aku menyangka kamu (orang perempuan) menceritakan apa yang para suami kamu lakukan terhadap kamu? Perempuan itu menjawab: Ya benar demi Allah, demi bapa dan ibuku menjadi tebusanmu, wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berbangga dengan hal tersebut. Maka Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu melakukannya, kerana sesungguhnya Allah membenci mereka yang melakukan perbuatan tersebut. Rasulullah bertanya lagi kepada perempuan itu: Sesungguhnya aku menyangka salah seorang kamu apabila suaminya mendatanginya nescaya keduanya akan membuka kain mereka sehingga masing-masing melihat aurat antara satu sama lain seperti mereka merupakan dua ekor keldai? Beliau menjawab: Ya demi Allah, demi bapa dan ibuku menjadi tebusanmu, sesungguhnya kami melakukan perkara tersebut. Lalu baginda berkata: Janganlah kamu melakukannya, kerana sesungguhnya Allah membenci perbuatan tersebut. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6006]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman