Sesungguhnya aku mengira salah seorang kalian (para wanita), apabila suaminya mendatanginya nescaya kedua-duanya akan menanggalkan kain selimut

TEKS BAHASA ARAB

إني لأحسب إحداكن إذا أتاها زوجها ليكشفان عنهما اللحاف ينظر أحدهما إلى عورة صاحبه كأنهما حماران؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku mengira salah seorang kalian (para wanita), apabila suaminya mendatanginya nescaya kedua-duanya akan menanggalkan kain selimut, masing-masing melihat aurat pasangannya, seakan-akan mereka adalah dua ekor keldai?

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 232, hadis nombor 1230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: بينما رسول اللہ ﷺ يوما جالس وعنده امرأة، إذ قال لها رسول اللہ ﷺ: «إني لأحسبكن تخبرن بما يفعل بكن أزواجكن؟» قالت أي والله بأبي وأمي يا رسول الله إنا لنفتخر بذلك. فقال رسول الله ﷺ: «فلا تفعلن فإن الله يمقت من يفعل ذلك» قال لها: «إني لأحسب إحداكن إذا أتاها زوجها ليكشفان عنهما اللحاف ينظر أحدهما إلى عورة صاحبه كأنهما حماران؟» قالت أي والله بأبي وأمي إنا لنفعل ذلك، قال: «فلا تفعلن ذلك فإن الله يمقت على ذلك». [طب، «الضعيفة» (6006)].

(Sangat Munkar) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah ﷺ sedang duduk pada suatu hari dan di sisi baginda ada seorang perempuan, tiba-tiba Rasulullah ﷺ berkata kepadanya: "Sesungguhnya aku mengira kalian (para wanita) menceritakan apa yang para suami kalian lakukan terhadap kalian?" Perempuan itu menjawab: "Ya, demi Allah, bapa dan ibuku menjadi tebusanmu wahai Rasulullah. Sesungguhnya kami berbangga dengan perkara yang demikian". Maka Rasulullah ﷺ bersabda: "Jangan kalian lakukan (perkara itu), kerana sesungguhnya Allah sangat membenci mereka yang melakukan perbuatan tersebut". Baginda bersabda kepadanya: "Sesungguhnya aku mengira salah seorang kalian (para wanita), apabila suaminya mendatanginya nescaya kedua-duanya akan menanggalkan kain selimut, masing-masing melihat aurat pasangannya, seakan-akan mereka adalah dua ekor keldai?" Beliau menjawab: "Ya, demi Allah, bapa dan ibuku menjadi tebusanmu. Sesungguhnya kami melakukan perkara demikian. Lalu baginda bersabda: "Jangan kamu lakukan (perkara itu), kerana sesungguhnya Allah sangat membenci perkara tersebut". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6006].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.