Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku mengharamkan masuk ke dalam tandas tanpa memakai kain sarung

Teks Bahasa Arab

حديث: "إنما حرمت دخول الحمام بغير مئزر".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Sesungguhnya aku mengharamkan masuk ke dalam tandas tanpa memakai kain sarung”.

Sahabat Perawi

  1. Anas

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 8, hadis no. 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن الجوزي عن أنس مرفوعا، وقال موضوع , فيه جماعة مجهولون.

Ibn al-Jauzi meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (yang sandarkan kepada nabi). Ibn al-Jauzi berkata: hadith ini palsu kerana padanya terdapat kumpulan perawi yang majhul (tidak dikenali).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.