Sesungguhnya aku mengetahui sebuah tempat yang bernama Oman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إني لأعلم أرضا يقال لها: عمان، ينضح بجانبها البحر، الحجة منها أفضل من حجتين من غيرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku mengetahui sebuah tempat yang bernama Oman, di sisinya terdapat laut, melakukan satu haji darinya lebih baik daripada dua haji dari tempat selainnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1779, hadis nombor 8950. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن بن هادية، قال: لقيت ابن عمر، فقال لي: ممن أنت؟ قلت: من أهل عمان. قال: من أهل عمان؟ قلت: نعم. قال: أفلا أحدثك ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قلت: بلى. فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إني لأعلم أرضا يقال لها: عمان، ينضح بجانبها البحر، الحجة منها أفضل من حجتين من غيرها)). [حم، الثقفي في ((مشيخة النيسابوريين))، هق، ((الضعيفة)) (213)]

(Lemah)
Daripada al-Ḥasan bin Hādiyah, beliau berkata: Aku bertemu Ibn ‘Umar, lalu dia berkata kepadaku: Kamu dalam kalangan penduduk mana? Aku menjawab: Dalam kalangan penduduk Oman. Dia bertanya lagi: Dalam kalangan penduduk Oman? Aku menjawab: Ya. Lalu Ibn ‘Umar berkata: Mahukah kamu aku beritahu kepadamu apa yang pernah aku dengar daripada Rasulullah SAW? Aku menjawab: Sudah tentu. Lalu Ibn ‘Umar berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku mengetahui sebuah tempat yang bernama Oman, di sisinya terdapat laut, melakukan satu haji darinya lebih baik daripada dua haji dari tempat selainnya.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Thaqafī dalam Mashīkhah al-Naysābūriyyīn, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 213]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.