Sesungguhnya aku mengetahui apa yang telah engkau temui di jalan Allah dan dalam sunnahku

TEKS BAHASA ARAB

يا معاذ! إني قد عرفت الذي لقيت في سبيل الله وفي سنتي، وما ذهب من مالك؟ فإني قد أحللت الهدية، فما أهدي لك من شيء في إمرتك؟ فهو لك هنيئا مريئا، وليست لأحد من الأمراء بعدك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Muaz! Sesungguhnya aku mengetahui apa yang telah engkau temui di jalan Allah dan dalam sunnahku, dan apa yang telah pergi daripada hartamu, sesungguhnya aku telah menghalalkan hadiah, lalu apa yang dihadiahkan kepadamu ketika dalam pemerintahanmu, maka ia adalah untukmu sebagai pemberian yang baik, dan bukan untuk siapapun pemerintah selepasmu.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 827, hadis nombor 4250. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن عبيد بن صخر بن لوذان رفعه: ((يا معاذ! إني قد عرفت الذي لقيت في سبيل الله وفي سنتي، وما ذهب من مالك، فإني قد أحللت الهدية، فما أهدي لك من شيء في إمرتك؟ فهو لك هنيئا مريئا، وليست لأحد من الأمراء بعدك)).
[فر، ((الضعيفة)) (6597)]

(Sangat munkar) Daripada Ubaid bin Sakhr bin Lauzan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Wahai Muaz! Sesungguhnya aku mengetahui apa yang telah engkau temui di jalan Allah dan dalam sunnahku, dan apa yang telah pergi daripada hartamu, sesungguhnya aku telah menghalalkan hadiah, lalu apa yang dihadiahkan kepadamu ketika dalam pemerintahanmu, maka ia adalah untukmu sebagai pemberian yang baik, dan bukan untuk siapapun pemerintah selepasmu.”
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6597]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs