Sesungguhnya aku mengetahui apa yang engkau temui pada Allah dan rasul-Nya serta apa yang hilang daripada hartamu

TEKS BAHASA ARAB

إني قد علمت ما لقيت في الله ورسوله، وما ذهب من مالك، وقد طيبت لك الهدية، فما أهدي إليك من شيء؛ فهو لك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku mengetahui apa yang engkau temui pada Allah dan rasul-Nya serta apa yang hilang daripada hartamu, dan aku telah membenarkan hadiah bagimu. Oleh sebab itu, apabila diberi hadiah kepadamu daripada sesuatu maka itu milikmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 846-847, hadis nombor 4341. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه-، قال: لما بعثني رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى اليمن قال: ((إني قد علمت ما لقيت في الله ورسوله وما ذهب من مالك، وقد طيبت لك الهدية، فما أهدي إليك من شيء؛ فهو لك)).
[الطبري في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (5522)]

(Palsu) Daripada Mu‘az bin Jabal RA berkata: Ketika Rasulullah SAW mengutuskan aku ke Yaman, baginda bersabda: Sesungguhnya aku mengetahui apa yang engkau temui pada Allah dan rasul-Nya serta apa yang hilang daripada hartamu, dan aku telah membenarkan hadiah bagimu. Oleh sebab itu, apabila diberi hadiah kepadamu daripada sesuatu maka itu milikmu.
[Riwayat al-Ṭabarī dalam Tahdhīb al-Āthār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5522]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs