Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنِّي قَد عَلِمْتُ ما لَقيتَ في اللَّهِ ورسولِهِ، وما ذَهَبَ من مالِكَ، وقد طيَّبتُ لَكَ الهديَّةَ، فما أُهْديَ إليكَ مِن شيءٍ فَهوَ لَكَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku mengetahui apa yang engkau lalui pada (jalan) Allah dan rasulNya dan apa yang telah hilang daripada hartamu, dan aku telah perelokkan hadiah untukmu, apa yang dihadiahkan kepadamu maka ia menjadi milikmu.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 806, hadis no. 4154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Ketika Rasulullah SAW mengutuskan aku ke Yaman berkata: Sesungguhnya aku mengetahui apa yang engkau lalui pada (jalan) Allah dan rasulNya dan apa yang telah hilang daripada hartamu, dan aku telah perelokkan hadiah untukmu, apa yang dihadiahkan kepadamu maka ia menjadi milikmu. [Riwayat al-Tabari dalam Tahzib al-Athar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5522]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman