TEKS BAHASA ARAB
إني قد علمت ما لقيت في الله ورسوله، وما ذهب من مالك، وقد طيبت لك الهدية، فما أهدي اليك من شيء؛ فهو لك.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya aku mengetahui apa yang engkau lalui pada (jalan) Allah dan rasulNya dan apa yang telah hilang daripada hartamu, dan aku telah perelokkan hadiah untukmu, apa yang dihadiahkan kepadamu maka ia menjadi milikmu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 806, hadis nombor 4154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معاذ بن جبل –رضي الله عنه- قال: لما بعثني رسول الله –صلى الله عليه وسلم- إلى اليمن قال: ((إني قد علمت ما لقيت في الله ورسوله، وما ذهب من مالك، وقد طيبت لك الهدية، فما أهدي اليك من شيء؛ فهو لك)).
[الطبري في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (5522)].
(Palsu) Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Ketika Rasulullah SAW mengutuskan aku ke Yaman berkata: Sesungguhnya aku mengetahui apa yang engkau lalui pada (jalan) Allah dan rasulNya dan apa yang telah hilang daripada hartamu, dan aku telah perelokkan hadiah untukmu, apa yang dihadiahkan kepadamu maka ia menjadi milikmu.
[Riwayat al-Tabari dalam Tahzib al-Athar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5522]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.