Sesungguhnya aku mengetahui ada suatu tempat yang diberi nama Oman, ada di sebelah penjurunya laut

TEKS BAHASA ARAB

إني لأعلم أرضا يقال لها: عمان؛ ينضح بجانبها – وفي رواية: بناحيتها – البحر؛ الحجة منها أفضل من حجتين من غيرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku mengetahui ada suatu tempat yang diberi nama Oman, ada di sebelah penjurunya laut. Haji darinya lebih baik dari dua kali haji dari tempat lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 749, hadis nombor 3835. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن بن هادية، قال: لقيت ابن عمر فقال لي: ممن أنت؟ قلت: من أهل عمان. قال: من أهل عمان؟ قلت: نعم، قال: أفلا أحدثك ما سمعت من رسول الله ﷺ؟! قلت: بلی! فقال: سمعت رسول الله ﷺ یقول: «إني لأعلم أرضا يقال لها: عمان؛ ينضح بجانبها – وفي رواية: بناحيتها – البحر؛ الحجة منها أفضل من حجتين من غيرها».
[حم، «الضعيفة» (5173)].

(Lemah)
Daripada al-Hasan bin Hadiah berkata: Aku telah berjumpa Ibn Umar lalu dia berkata kepadaku: Dari manakah kamu? Aku berkata: Daripada penduduk Oman. Dia berkata: Dari penduduk Oman? Aku berkata: Ya. Dia berkata: Mahukah kamu ceritakan kepadamu apa yang aku dengar dari Rasulullah SAW? Aku berkata: Sudah tentu. Dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku mengetahui ada suatu tempat yang diberi nama Oman, ada di sebelah penjurunya laut. Haji darinya lebih baik dari dua kali haji dari tempat lain.”
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5173].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs