Sesungguhnya aku mendapati hembusan (Tuhan) Yang Maha Pengasih dari arah Yaman

TEKS BAHASA ARAB

إني لأجد نفس الرحمن من قبل اليمن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku mendapati hembusan (Tuhan) Yang Maha Pengasih dari arah Yaman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 453, hadis nombor 2424. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن شبيب أبي روح أن أعرابيا أتى أبا هريرة – رضي الله عنه – فقال: يا أبا هريرة! حدثنا عن النبي ﷺ، فقال: قال النبي ﷺ: «ألا إن الإيمان يمان، والحكمة يمانية، وأجد نفس ربكم من قبل اليمن، (وقال المغيرة: من قبل المغرب)، ألا إن الكفر والفسوق وقسوة القلب في الفدادين أصحاب الشعر والوبر، الذين يغتالهم الشياطين على أعجاز الإبل». [حم، «الضعيفة» (1097)].

(Lemah) Daripada Syabib Abu Rawh: Bahawa seorang Badwi datang kepada Abu Hurairah RA, lalu dia berkata: "Wahai Abu Hurairah, ceritakanlah kepada kami hadis daripada Nabi ﷺ", maka Abu Hurairah menjawab: Nabi ﷺ bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya iman itu ialah Yaman, hikmah itu juga ialah Yaman dan aku mendapati hembusan Tuhan kalian dari arah Yaman (Al-Mughirah pula berkata: daripada arah barat). Ketahuilah, sesungguhnya kekufuran, kefasikan dan kekerasan hati itu berada pada penggembala unta, pemilik bulu dan kulit (binatang ternakan). Mereka ini yang dibinasakan oleh syaitan di atas belakang unta.” [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1097].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.