Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku mendapati hembusan (Tuhan) Yang Maha Pengasih dari arah Yaman

Teks Bahasa Arab

إني لأَجِدُ نَفَسَ الرحمنِ مِن قِبَلِ اليَمَن.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya aku mendapati hembusan (Tuhan) Yang Maha Pengasih dari arah Yaman.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 453, hadis no. 2424.

(ضعيف) عن شبيب أبي روح أن أعرابيا أتى أبا هريرة - رضي الله عنه - فقال: يا أبا هريرة! حدثنا عن النبي ﷺ، فقال: قال النبي ﷺ: «ألا إن الإيمان يمان، والحكمة يمانية، وأجد نفس ربكم من قبل اليمن، (وقال المغيرة: من قبل المغرب)، ألا إن الكفر والفسوق وقسوة القلب في الفدادين أصحاب الشعر والوبر، الذين يغتالهم الشياطين على أعجاز الإبل». [حم، «الضعيفة» (1097)].

(Lemah) Daripada Syabib Abu Rawh: Bahawa seorang Badwi datang kepada Abu Hurairah RA, lalu dia berkata: "Wahai Abu Hurairah, ceritakanlah kepada kami hadis daripada Nabi ﷺ", maka Abu Hurairah menjawab: Nabi ﷺ bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya iman itu ialah Yaman, hikmah itu juga ialah Yaman dan aku mendapati hembusan Tuhan kalian dari arah Yaman (Al-Mughirah pula berkata: daripada arah barat). Ketahuilah, sesungguhnya kekufuran, kefasikan dan kekerasan hati itu berada pada penggembala unta, pemilik bulu dan kulit (binatang ternakan). Mereka ini yang dibinasakan oleh syaitan di atas belakang unta.” [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1097].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.