Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku mempunyai dua pekerjaan

Teks Bahasa Arab

إِنَّ لِي حِرْفَتَيْنِ اثْنَتَيْنِ، فَمَنْ أَحَبَّهُمَا فَقَدْ أَحَبَّنِي، وَمَنْ أَبْغَضَهُمَا فَقَدْ أَبْغَضَنِي: الْفَقْرَ وَالْجِهَادَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya aku mempunyai dua pekerjaan, sesiapa yang menyukai kedua-duanya maka dia telah mencintaiku, sesiapa yang membenci kedua-duanya maka dia telah membenciku (iaitu) : Kefakiran dan jihad.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 767, hadis no. 3914. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له): ((إن لي حرفتين اثنتين، فمن أحبهما فقد أحبني، ومن أبغضهما فقد أبغضني: الفقر والجهاد)). [((الضعيفة)) (566)].

(Tiada asalnya) "Sesungguhnya aku mempunyai dua pekerjaan, sesiapa yang menyukai kedua-duanya maka dia telah mencintaiku, sesiapa yang membenci kedua-duanya maka dia telah membenciku (iaitu) : Kefakiran dan jihad". [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 566]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.