Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar segerakan pemberian kesejahteraan-Mu

Teks Bahasa Arab

أَتى جِبريلُ النَّبيَّ ﷺ، فَقال: إنَّ اللهَ يَأمرُكَ أن تَدعوَ بِهؤلاءِ الكَلماتِ؛ فإنِّي مُعْطيكَ إِحْداهُنَّ: اللَّهمَّ إنِّي أَسأَلُك تَعْجيلَ عافِيَتِك، أو صَبرًا على بَليَّتِك، أو خُروجًا مِنَ الدُّنيا إلى رَحمتِك..

Teks Bahasa Melayu

Jibril telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadamu agar engkau berdoa dengan ucapan-ucapan berikut, aku berikan kepada kamu salah satunya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar segerakan pemberian kesejahteraan-Mu, atau sabar atas ujian-Mu atau keluar daripada dunia menuju kepada rahmat-Mu.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1421, hadis no. 7219. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: أتى جبريل النبي ﷺ، فقال: إن الله يأمرك أن تدعو بهؤلاء الكلمات؛ فإني معطيك إحداهن: اللهم إني أسألك تعجيل عافيتك، أو صبرا على بليتك، أو خروجا من الدنيا إلى رحمتك. [حب، ك، ((الضعيفة)) (1756)]

(Lemah) Daripada 'Aishah RA, katanya: Jibril telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadamu agar engkau berdoa dengan ucapan-ucapan berikut, aku berikan kepada kamu salah satunya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar segerakan pemberian kesejahteraan-Mu, atau sabar atas ujian-Mu atau keluar daripada dunia menuju kepada rahmat-Mu. [Riwayat Ibn Hibban dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1756]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.