Sesungguhnya aku membenci seorang perempuan yang keluar dari rumahnya dalam keadaan pakaiannya meleret ke tanah dan dia mengadu akan suaminya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إني لأبغض المرأة تخرج من بيتها تجر ذيلها تشكو زوجها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku membenci seorang perempuan yang keluar dari rumahnya dalam keadaan pakaiannya meleret ke tanah dan dia mengadu akan suaminya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 35, hadis nombor 127. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أم سلمة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إني لأبغض المرأة تخرج من بيتها تجر ذيلها تشكو زوجها)).
[ابن صاعد في ((الأمالي))، طس، ((الضعيفة)) (2063)]

(Sangat Lemah) Daripada Ummu Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya aku membenci seorang perempuan yang keluar dari rumahnya dalam keadaan pakaiannya meleret ke tanah dan dia mengadu akan suaminya.
[Riwayat Ibn Ṣā‘id dalam al-Amālī, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2063]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.