Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إني لَأَبْغَضُ المرأةَ تَخْرُجُ من بيتِها تَجُرُّ ذيلَها تَشْكُو زوجَها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku membenci seorang perempuan yang keluar dari rumahnya dalam keadaan pakaiannya meleret ke tanah dan dia mengadu akan suaminya.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 35, hadis no. 127. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أم سلمة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إني لأبغض المرأة تخرج من بيتها تجر ذيلها تشكو زوجها)). [ابن صاعد في ((الأمالي))، طس، ((الضعيفة)) (2063)]
(Terlalu Daif) Daripada Ummu Salamah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya aku membenci seorang perempuan yang keluar dari rumahnya dalam keadaan pakaiannya meleret ke tanah dan dia mengadu akan suaminya. [Riwayat Ibn Ṣā‘id dalam al-Amālī, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2063]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman