Sesungguhnya aku melihatnya di dalam syurga kerana dia telah mengutip kotoran di dalam masjid

TEKS BAHASA ARAB

إني رأيتها في الجنة، لما كانت تلقط القذى من المسجد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku melihatnya di dalam syurga kerana dia telah mengutip kotoran di dalam masjid.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1772, hadis nombor 8922. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-: أن امرأة كانت تلقط القذى من المسجد، فتوفيت، فلم يؤذن النبي بدفنها. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((إذا مات منكم ميت؛ فآذنوني)) وصلى عليها، وقال: ((إني رأيتها في الجنة، لما كانت تلقط القذى من المسجد)). [طب، طس، ((الضعيفة)) (6718)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA: Sesungguhnya seorang wanita mengutip kotoran di dalam masjid. Lalu, dia meninggal dunia. Maka, Nabi SAW tidak diberitahu tentang pengkebumiannya. Kemudiannya (setelah Nabi mendapat tahu akan hal itu), Nabi SAW bersabda: Sekiranya salah seorang dalam kalangan kalian meninggal dunia, maka beritahulah aku. Lalu Nabi SAW menyolatkannya dan bersabda: Sesungguhnya aku melihatnya di dalam syurga kerana dia telah mengutip kotoran di dalam masjid.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6718]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs