Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya aku melihat wanita itu di syurga

Teks Bahasa Arab

إني رأيتُها في الجنةِ، لمَّا كانت تلقطُ القَذَى من المسجدِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya aku melihat wanita itu di syurga ketika mana dia mengutip kotoran di masjid.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1954, hadis no. 9786. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما: أن امرأة كانت تلقط القذى من المسجد، فتوفيت، فلم يؤذن النبي بدفنها، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إذا مات منكم ميت؛ فآذنوني وصلى عليها، وقال: إني رأيتها في الجنة؛ لما كانت تلقط القذى من المسجد. [طب، ((الضعيفة)) (6718)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA: Seorang wanita mengutip kotoran di dalam masjid. Lalu wanita itu meninggal dunia. Baginda tidak mengizinkan untuk mengebumikannya. Nabi SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian meninggal dunia maka mintalah izin aku. Lantas Nabi menunaikan solat ke atasnya kemudian bersabda: Sesungguhnya aku melihat wanita itu di syurga ketika mana dia mengutip kotoran di masjid. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6718]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.