Sesungguhnya aku melihat semalam satu keajaiban

TEKS BAHASA ARAB

إني رأيت البارحة عجبا: 1 – رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءه وضوءه فاستنقذه من ذلك. 2 – ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر فجاءته صلاته فاستنقذته من ذلك. 3 – ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين فجاءه ذكر الله فخلصه منهم. 4 – ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا فجاءه صيام رمضان فسقاه. 5 – ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن شماله ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة فجاءته حجته وعمرته فاستخرجاه من الظلمة. 6 – ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بره لوالديه فرده عنه. 7 – ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلة الرحم فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم. 8 – ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين وهم حلق حلق كلما مر على حلقة طرد فجاءه اغتساله من الجنابة فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي. 9 – ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه فجاءته صدقته فصارت ظلا على رأسه وسترا عن وجهه. 10 – ورأيت رجلا من أمتي جاءته زبانية العذاب فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من ذلك. 11 – ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله فأخرجته من النار. 12 – ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله فجاءه خوفه من الله تعالى فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه. 13 – ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه. 14 – ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم فجاءه وجله من الله تعالى فاستنقذه من ذلك. 15 – ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة فجاءه حسن ظنه بالله تعالى فسكن رعدته. 16 – ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة ويحبو مرة فجاءته صلاته علي فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز. 17 – ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله فأخذت بيده فأدخلته الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku melihat semalam satu keajaiban: 1- Aku melihat seorang lelaki daripada umatku telah diazab oleh malaikat, lalu datanglah wuduknya, menyelamatkannya daripada azab itu. 2- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku diazab dengan azab kubur, lalu datanglah solatnya menyelamatkannya. 3- Aku juga melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku telah diganggu oleh syaitan, lalu datanglah zikir kepada Allah, menyelamatkannya daripada mereka. 4- Aku melihat seorang lelaki daripada umatku sedang terjelir kehausan, lalu datanglah puasa Ramadan memberinya minum. 5- Aku melihat seorang lelaki daripada umatku diselubungi kegelapan, di belakangnya kegelapan, di kanannya kegelapan, di kirinya kegelapan, di atasnya kegelapan, di bawahnya kegelapan, lalu datanglah haji dan umrahnya mengeluarkannya daripada kegelapan. 6- Aku melihat juga seorang lelaki daripada umatku didatangi oleh malaikat maut untuk mencabut nyawanya, lalu datanglah perbuatan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya lalu menjauhkan malaikat daripadanya. 7- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku bercakap dengan orang mukmin namun mereka tidak mahu bercakap dengannya, lalu datanglah silaturahim berkata: Sesungguhnya lelaki ini sentiasa menghubungkan silaturahim, lalu dia bercakap dengan mereka dan mereka bercakap dengannya dan duduk bersama mereka. 8- Aku juga melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku mendatangi para nabi yang berada dalam bulatan-bulatan, setiap kali dia melalui bulatan itu, dia akan diusir, lalu datanglah perbuatannya mandi junub lalu ia mengambil tangannya dan mendudukkannya di sisiku. 9- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku melindungi wajahnya dengan tangannya daripada api neraka, lalu datanglah amalan sedekahnya lalu ia menjadi teduhan buat kepalanya dan perlindungan buat wajahnya. 10- Aku juga melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang didatangi malaikat Zabaniah sang pengazab, lalu datanglah amalan amar makruf dan nahi munkar, lalu datang menyelamatkannya. 11- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku di neraka, lalu datanglah tangisannya di dunia kerana takutkan Allah, lalu menyelamatkannya dari neraka. 12- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku lembarannya berada di sebelah kirinya lalu datanglah ketakutannya kepada Allah lalu menjadikan lembarannya berada di sebelah kanannya. 13- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang timbangannya sudah menjadi ringan, lalu datanglah pahalanya lalu ia memberatkan timbangannya. 14- Aku juga melihat seorang lelaki di tebing neraka lalu datanglah ketakutannya kepada Allah lalu menyelamatkannya. 15- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku menggeletar seperti pelepah tamar, lalu datanglah sangka baiknya terhadap Allah lalu ditenangkan menggeletarnya itu. 16- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku berjalan atas sirat sekali, dan merangkak sekali, lalu datanglah amalan selawatnya kepadaku, lalu ia mengambil tangannya, lalu dia mendirikannya atas sirat sehingga dia mampu melepasinya. 17- Aku juga melihat lelaki daripada kalangan umatku berhenti di hadapan pintu syurga, lalu pintu syurga ditutup rapat tanpanya, lalu datanglah syahadahnya, lalu memimpin tangannya memasuki syurga.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 762, hadis nombor 3890. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن عبد الرحمن بن سمرة -رضي الله عنه-، قال: قال الله صلى الله عليه وسلم: ((إني رأيت البارحة عجبا: 1 – رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب فجاءه وضوءه فاستنقذه من ذلك. 2 – ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر فجاءته صلاته فاستنقذته من ذلك. 3 – ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين فجاءه ذكر الله فخلصه منهم. 4 – ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا فجاءه صيام رمضان فسقاه. 5 – ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة ومن خلفه ظلمة وعن يمينه ظلمة وعن شماله ظلمة ومن فوقه ظلمة ومن تحته ظلمة فجاءته حجته وعمرته فاستخرجاه من الظلمة. 6 – ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه فجاءه بره لوالديه فرده عنه. 7 – ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه فجاءته صلة الرحم فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم. 8 – ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين وهم حلق حلق كلما مر على حلقة طرد فجاءه اغتساله من الجنابة فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي. 9 – ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه فجاءته صدقته فصارت ظلا على رأسه وسترا عن وجهه. 10 – ورأيت رجلا من أمتي جاءته زبانية العذاب فجاءه أمره بالمعروف ونهيه عن المنكر فاستنقذه من ذلك. 11 – ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله فأخرجته من النار. 12 – ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله فجاءه خوفه من الله تعالى فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه. 13 – ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه فجاءه أفراطه فثقلوا ميزانه. 14 – ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم فجاءه وجله من الله تعالى فاستنقذه من ذلك. 15 – ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة فجاءه حسن ظنه بالله تعالى فسكن رعدته. 16 – ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة ويحبو مرة فجاءته صلاته علي فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز. 17 – ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة فغلقت الأبواب دونه فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله فأخذت بيده فأدخلته الجنة)).
[الطبراني في ((أحاديث الطوال))، ((الضعيفة)) (7129)]

(Sangat Munkar) Daripada Abdul Rahman bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku melihat semalam satu keajaiban: 1- Aku melihat seorang lelaki daripada umatku telah diazab oleh malaikat, lalu datanglah wuduknya, menyelamatkannya daripada azab itu. 2- Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku diazab dengan azab kubur, lalu datanglah solatnya menyelamatkannya. 3- Aku juga melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku telah diganggu oleh syaitan, lalu datanglah zikir kepada Allah, menyelamatkannya daripada mereka. 4- Aku melihat seorang lelaki daripada umatku sedang terjelir kehausan, lalu datanglah puasa Ramadan memberinya minum. 5- Aku melihat seorang lelaki daripada umatku diselubungi kegelapan, di belakangnya kegelapan, di kanannya kegelapan, di kirinya kegelapan, di atasnya kegelapan, di bawahnya kegelapan, lalu datanglah haji dan umrahnya mengeluarkannya daripada kegelapan. 6- Aku melihat juga seorang lelaki daripada umatku didatangi oleh malaikat maut untuk mencabut nyawanya, lalu datanglah perbuatan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya lalu menjauhkan malaikat daripadanya. 7- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku bercakap dengan orang mukmin namun mereka tidak mahu bercakap dengannya, lalu datanglah silaturahim berkata: Sesungguhnya lelaki ini sentiasa menghubungkan silaturahim, lalu dia bercakap dengan mereka dan mereka bercakap dengannya dan duduk bersama mereka. 8- Aku juga melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku mendatangi para nabi yang berada dalam bulatan-bulatan, setiap kali dia melalui bulatan itu, dia akan diusir, lalu datanglah perbuatannya mandi junub lalu ia mengambil tangannya dan mendudukkannya di sisiku. 9- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku melindungi wajahnya dengan tangannya daripada api neraka, lalu datanglah amalan sedekahnya lalu ia menjadi teduhan buat kepalanya dan perlindungan buat wajahnya. 10- Aku juga melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang didatangi malaikat Zabaniah sang pengazab, lalu datanglah amalan amar makruf dan nahi munkar, lalu datang menyelamatkannya. 11- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku di neraka, lalu datanglah tangisannya di dunia kerana takutkan Allah, lalu menyelamatkannya dari neraka. 12- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku lembarannya berada di sebelah kirinya lalu datanglah ketakutannya kepada Allah lalu menjadikan lembarannya berada di sebelah kanannya. 13- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku yang timbangannya sudah menjadi ringan, lalu datanglah pahalanya lalu ia memberatkan timbangannya. 14- Aku juga melihat seorang lelaki di tebing neraka lalu datanglah ketakutannya kepada Allah lalu menyelamatkannya. 15- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku menggeletar seperti pelepah tamar, lalu datanglah sangka baiknya terhadap Allah lalu ditenangkan menggeletarnya itu. 16- Aku juga melihat seorang lelaki daripada umatku berjalan atas sirat sekali, dan merangkak sekali, lalu datanglah amalan selawatnya kepadaku, lalu ia mengambil tangannya, lalu dia mendirikannya atas sirat sehingga dia mampu melepasinya. 17- Aku juga melihat lelaki daripada kalangan umatku berhenti di hadapan pintu syurga, lalu pintu syurga ditutup rapat tanpanya, lalu datanglah syahadahnya, lalu memimpin tangannya memasuki syurga.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Ahadith al-Tiwal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7129]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs