Sesungguhnya aku melihat perkara yang menghairankan semalam

TEKS BAHASA ARAB

إني رأيت البارحة عجبا: 1- رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب، فجاءه وضوؤه؛ فاستنقذه من ذلك. 2- ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر، فجاءته صلاته؛ فاستنقذته من ذلك. 3- ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين، فجاءه ذكر الله فخلصه منهم. 4- ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا، فجاءه صيام رمضان، فسقاه. 5- ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة، ومن خلفه ظلمة، وعن يمينه ظلمة، وعن شماله ظلمة، ومن فوقه ظلمة، ومن تحته ظلمة، فجاءته حجته وعمرته؛ فاستخرجاه من الظلمة. 6- ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه، فجاءه بره لوالديه؛ فرده عنه. 7- ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه، فجاءته صلة الرحم؛ فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم. 8- ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين، وهم حلق حلق، كلما مر على حلقة طرد، فجاءه اغتساله من الجنابة، فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي. 9- ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه، فجاءته صدقته، فصارت ظلا على رأسه، وسترا عن وجهه. 10- ورأيت رجلا من أمتي، جاءته زبانية العذاب، فجاءه أمره بالمعروف، ونهيه عن المنكر؛ فاستنقذه من ذلك. 11- ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار، فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله؛ فأخرجته من النار. 12- ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله، فجاءه خوفه من الله تعالى، فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه. 13- ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه، فجاءه أفراطه؛ فثقلوا ميزانه. 14- ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم، فجاءه وجله من الله تعالى؛ فاستنقذه من ذلك. 15- ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة، فجاءه حسن ظنه بالله تعالى؛ فسكن رعدته. 16- ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة، ويحبو مرة، فجاءته صلاته علي؛ فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز. 17- ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة، فغلقت الأبواب دونه، فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله؛ فأخذت بيده، فأدخلته الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku melihat perkara yang menghairankan semalam: 1- Aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang para malaikat azab mengepungnya, lalu wuduknya datang kepadanya menyelamatkan dia daripada situasi tersebut. 2- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku telah dibentangkan kepadanya azab kubur, lalu solatnya datang kepadanya menyelamatkan dia daripada situasi tersebut. 3- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang dikepung oleh para syaitan, lalu (amal) zikir kepada Allah datang kepadanya menyelamatkan dia daripada situasi tersebut. 4- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku berasa sangat dahaga, lalu (amal) puasa pada bulan Ramadan datang kepadanya memberi minum kepadanya. 5- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang di depannya adalah kegelapan, dari bahagian belakangnya adalah kegelapan, dari bahagian kanannya adalah kegelapan, dari bahagian kirinya adalah kegelapan, dari bahagian atasnya adalah kegelapan dan dari bahagian bawahnya adalah kegelapan, lalu (amal) haji dan umrahnya datang kepadanya mengeluarkan dia daripada kegelapan. 6- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang malaikat maut datang kepadanya untuk mencabut rohnya, lalu (amal) kebaikannya kepada ibu bapanya datang kepadanya menghalangnya daripada hal tersebut. 7- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku bercakap kepada orang-orang mukmin namun mereka tidak bercakap kepadanya, lalu (amal) penghubung silaturahim datang kepadanya berkata: Sesungguhnya orang ini ialah seseorang yang menghubungkan tali silaturahim. Maka dia bercakap kepada mereka dan mereka pun bercakap kepadanya serta dia bersama-sama (dengan) mereka. 8- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang datang kepada para nabi, dan mereka (para nabi) dalam kelompok-kelompok. Setiap kali dia melalui satu kelompok, dia akan diusir. Lalu (amal) mandi junubnya datang kepadanya menggapai tangannya dan meletakkan tempat duduknya di sebelahku. 9- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku melindungi wajahnya dengan kedua tangannya daripada nyalaan api neraka. Lalu (amal) sedekahnya datang kepadanya menjadi naungan di atas kepalanya dan penutup untuk wajahnya. 10- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang malaikat azab Zabaniyah datang kepadanya, lalu (amal) suruhan kepada kebaikan dan tegahan daripada kemungkaran datang kepadanya menyelamatkan dia daripada situasi tersebut. 11- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku jatuh ke dalam api neraka, lalu tangisannya kerana takutkan Allah ketika di dunia datang kepadanya mengeluarkannya dari api neraka. 12- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang catatan amalnya jatuh ke bahagian kirinya, lalu perasaan takut kepada Allah datang kepadanya mengambil catatan amalnya dan meletakkannya di bahagian kanannya. 13- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku timbangan (kebaikannya) menjadi kurang, lalu ganjaran-ganjaran amalannya datang kepadanya memberatkan timbangannya. 14- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku di pinggir neraka jahanam, lalu (amal) kegentarannya kepada Allah datang kepadanya menyelamatkannya daripada situasi tersebut. 15- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku menggelegar seperti pelepah tamar menggelegar, lalu (amal) prasangka baiknya kepada Allah datang kepadanya meredakan ketarannya. 16- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku adakalanya mengesot dan adakalanya merangkak ketika menyeberang di atas titian, lalu (amal) selawatnya ke atasku datang kepadanya menyambut tangannya dan membuatnya berdiri di atas titian sehinggalah dia melepasi titian. 17- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku tiba di hadapan pintu-pintu syurga, namun pintu-pintu syurga telah dikunci tanpa dia dapat memasukinya. Lalu (amal) penyaksiannya bahawa tiada tuhan selain Allah datang kepadanya menyambut tangannya dan memasukkan dia ke dalam syurga.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2072, hadis nombor 10405. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن عبد الرحمن بن سمرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إني رأيت البارحة عجبا: 1- رأيت رجلا من أمتي قد احتوشته ملائكة العذاب، فجاءه وضوؤه؛ فاستنقذه من ذلك. 2- ورأيت رجلا من أمتي قد بسط عليه عذاب القبر، فجاءته صلاته؛ فاستنقذته من ذلك. 3- ورأيت رجلا من أمتي احتوشته الشياطين، فجاءه ذكر الله فخلصه منهم. 4- ورأيت رجلا من أمتي يلهث عطشا، فجاءه صيام رمضان، فسقاه. 5- ورأيت رجلا من أمتي من بين يديه ظلمة، ومن خلفه ظلمة، وعن يمينه ظلمة، وعن شماله ظلمة، ومن فوقه ظلمة، ومن تحته ظلمة، فجاءته حجته وعمرته؛ فاستخرجاه من الظلمة. 6- ورأيت رجلا من أمتي جاءه ملك الموت ليقبض روحه، فجاءه بره لوالديه؛ فرده عنه. 7- ورأيت رجلا من أمتي يكلم المؤمنين ولا يكلمونه، فجاءته صلة الرحم؛ فقالت: إن هذا كان واصلا لرحمه. فكلمهم وكلموه وصار معهم. 8- ورأيت رجلا من أمتي يأتي النبيين، وهم حلق حلق، كلما مر على حلقة طرد، فجاءه اغتساله من الجنابة، فأخذ بيده فأجلسه إلى جنبي. 9- ورأيت رجلا من أمتي يتقي وهج النار بيديه عن وجهه، فجاءته صدقته، فصارت ظلا على رأسه، وسترا عن وجهه. 10- ورأيت رجلا من أمتي، جاءته زبانية العذاب، فجاءه أمره بالمعروف، ونهيه عن المنكر؛ فاستنقذه من ذلك. 11- ورأيت رجلا من أمتي هوى في النار، فجاءته دموعه اللاتي بكى بها في الدنيا من خشية الله؛ فأخرجته من النار. 12- ورأيت رجلا من أمتي قد هوت صحيفته إلى شماله، فجاءه خوفه من الله تعالى، فأخذ صحيفته فجعلها في يمينه. 13- ورأيت رجلا من أمتي قد خف ميزانه، فجاءه أفراطه؛ فثقلوا ميزانه. 14- ورأيت رجلا من أمتي على شفير جهنم، فجاءه وجله من الله تعالى؛ فاستنقذه من ذلك. 15- ورأيت رجلا من أمتي يرعد كما ترعد السعفة، فجاءه حسن ظنه بالله تعالى؛ فسكن رعدته. 16- ورأيت رجلا من أمتي يزحف على الصراط مرة، ويحبو مرة، فجاءته صلاته علي؛ فأخذت بيده فأقامته على الصراط حتى جاز. 17- ورأيت رجلا من أمتي انتهى إلى أبواب الجنة، فغلقت الأبواب دونه، فجاءته شهادة أن لا إله إلا الله؛ فأخذت بيده، فأدخلته الجنة.
[الطبراني في ((الأحاديث الطوال))، ((الضعيفة)) (7129)]

(Sangat Munkar)
Daripada ‘Abd al-Raḥmān bin Samurah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku melihat perkara yang menghairankan semalam: 1- Aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang para malaikat azab mengepungnya, lalu wuduknya datang kepadanya menyelamatkan dia daripada situasi tersebut. 2- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku telah dibentangkan kepadanya azab kubur, lalu solatnya datang kepadanya menyelamatkan dia daripada situasi tersebut. 3- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang dikepung oleh para syaitan, lalu (amal) zikir kepada Allah datang kepadanya menyelamatkan dia daripada situasi tersebut. 4- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku berasa sangat dahaga, lalu (amal) puasa pada bulan Ramadan datang kepadanya memberi minum kepadanya. 5- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang di depannya adalah kegelapan, dari bahagian belakangnya adalah kegelapan, dari bahagian kanannya adalah kegelapan, dari bahagian kirinya adalah kegelapan, dari bahagian atasnya adalah kegelapan dan dari bahagian bawahnya adalah kegelapan, lalu (amal) haji dan umrahnya datang kepadanya mengeluarkan dia daripada kegelapan. 6- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang malaikat maut datang kepadanya untuk mencabut rohnya, lalu (amal) kebaikannya kepada ibu bapanya datang kepadanya menghalangnya daripada hal tersebut. 7- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku bercakap kepada orang-orang mukmin namun mereka tidak bercakap kepadanya, lalu (amal) penghubung silaturahim datang kepadanya berkata: Sesungguhnya orang ini ialah seseorang yang menghubungkan tali silaturahim. Maka dia bercakap kepada mereka dan mereka pun bercakap kepadanya serta dia bersama-sama (dengan) mereka. 8- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang datang kepada para nabi, dan mereka (para nabi) dalam kelompok-kelompok. Setiap kali dia melalui satu kelompok, dia akan diusir. Lalu (amal) mandi junubnya datang kepadanya menggapai tangannya dan meletakkan tempat duduknya di sebelahku. 9- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku melindungi wajahnya dengan kedua tangannya daripada nyalaan api neraka. Lalu (amal) sedekahnya datang kepadanya menjadi naungan di atas kepalanya dan penutup untuk wajahnya. 10- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang malaikat azab Zabaniyah datang kepadanya, lalu (amal) suruhan kepada kebaikan dan tegahan daripada kemungkaran datang kepadanya menyelamatkan dia daripada situasi tersebut. 11- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku jatuh ke dalam api neraka, lalu tangisannya kerana takutkan Allah ketika di dunia datang kepadanya mengeluarkannya dari api neraka. 12- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku yang catatan amalnya jatuh ke bahagian kirinya, lalu perasaan takut kepada Allah datang kepadanya mengambil catatan amalnya dan meletakkannya di bahagian kanannya. 13- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku timbangan (kebaikannya) menjadi kurang, lalu ganjaran-ganjaran amalannya datang kepadanya memberatkan timbangannya. 14- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku di pinggir neraka jahanam, lalu (amal) kegentarannya kepada Allah datang kepadanya menyelamatkannya daripada situasi tersebut. 15- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku menggelegar seperti pelepah tamar menggelegar, lalu (amal) prasangka baiknya kepada Allah datang kepadanya meredakan ketarannya. 16- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku adakalanya mengesot dan adakalanya merangkak ketika menyeberang di atas titian, lalu (amal) selawatnya ke atasku datang kepadanya menyambut tangannya dan membuatnya berdiri di atas titian sehinggalah dia melepasi titian. 17- Dan aku melihat seseorang dalam kalangan umatku tiba di hadapan pintu-pintu syurga, namun pintu-pintu syurga telah dikunci tanpa dia dapat memasukinya. Lalu (amal) penyaksiannya bahawa tiada tuhan selain Allah datang kepadanya menyambut tangannya dan memasukkan dia ke dalam syurga.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Ahādīth al-Ṭuwwāl. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7129]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.