TEKS BAHASA ARAB
رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يكبر أيام التشريق من صلاة الظهر حتى يخرج من منى. يكبر في دبر كل صلاة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya aku melihat Nabi SAW bertakbir pada hari tasyrik bermula dari waktu Zohor sehinggalah hari Baginda berangkat keluar dari Mina. Baginda bertakbir pada penghujung solat (iaitu ketika selesai menunaikan solat).
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1149, hadis nombor 5809. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن شريح بن أبرهة رضي الله عنه قال: رأيتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يكبر أيام التشريق من صلاة الظهر حتى يخرج من منى. يكبر في دبر كل صلاة. [طب، طس، الضعيفة (5390، 5577)]
(Sangat lemah) Daripada Syuraih bin Abrahah RA, beliau telah berkata: Sesungguhnya aku melihat Nabi SAW bertakbir pada hari tasyrik bermula dari waktu Zohor sehinggalah hari Baginda berangkat keluar dari Mina. Baginda bertakbir pada penghujung solat (iaitu ketika selesai menunaikan solat). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5390, 5577]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.