Sesungguhnya aku melihat apa yang kalian tidak lihat, dan aku mendengar apa yang kalian tidak dengar

TEKS BAHASA ARAB

إني أرى ما لا ترون، وأسمع ما لا تسمعون، أطت السماء، وحق لها أن تئط، ما فيها موضع أربع أصابع إلا وملك واضع جبهته لله ساجد، والله لو تعلمون ما أعلم، لضحكتم قليلا، ولبكيتم كثيرا، وما تلذذتم بالنساء على الفرش، ولخرجتم إلى الصعدات، تجأرون إلى الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku melihat apa yang kalian tidak lihat, dan aku mendengar apa yang kalian tidak dengar. Langit telah berbunyi, dan selayaknya untuk ia berbunyi. Tiada padanya tempat seluas empat jari melainkan satu malaikat meletakkan dahinya kepada Allah bersujud. Demi Allah! Jika kalian tahu apa yang aku tahu, pasti kalian tertawa hanya sedikit, pasti kalian menangis dengan banyak, kalian tidak akan berseronok dengan wanita di atas katil-katil, dan pasti kalian akan keluar ke jalanan, kalian meraung kepada Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1982, hadis nombor 9922. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ذر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إني أرى ما لا ترون، وأسمع ما لا تسمعون، أطت السماء، وحق لها أن تئط، ما فيها موضع أربع أصابع إلا وملك واضع جبهته لله ساجد، والله لو تعلمون ما أعلم، لضحكتم قليلا، ولبكيتم كثيرا، وما تلذذتم بالنساء على الفرش، ولخرجتم إلى الصعدات، تجأرون إلى الله)).
[ت، ه، حم، الطحاوي في ((المشكل))، ((الضعيفة)) (1780)]

(Lemah) Daripada Abū Dzar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku melihat apa yang kalian tidak lihat, dan aku mendengar apa yang kalian tidak dengar. Langit telah berbunyi, dan selayaknya untuk ia berbunyi. Tiada padanya tempat seluas empat jari melainkan satu malaikat meletakkan dahinya kepada Allah bersujud. Demi Allah! Jika kalian tahu apa yang aku tahu, pasti kalian tertawa hanya sedikit, pasti kalian menangis dengan banyak, kalian tidak akan berseronok dengan wanita di atas katil-katil, dan pasti kalian akan keluar ke jalanan, kalian meraung kepada Allah.
[Riwayat al-Tirmidhī dalam al-Sunan, Ibn Mājah dalam al-Sunan, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Ṭaḥāwī dalam al-Musykil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1780]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs