Sesungguhnya aku ini seorang yang cemburu dan Allah lebih cemburu berbanding aku

TEKS BAHASA ARAB

إني لغيور، والله أغير مني، وإن الله يحب من عباده الغيور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku ini seorang yang cemburu (dalam hal melakukan perkara kebaikan), dan Allah lebih cemburu berbanding aku, sesungguhnya Allah menyukai golongan yang cemburu (ghirah) dari kalangan hamba-hamba-Nya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 147, hadis nombor 745. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إني لغيور، والله أغير مني، وإن الله يحب من عباده الغيورَ)). [طس، ((الضعيفة)) (7095)]

(Palsu)
Daripada ‘Alī RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya aku ini seorang yang cemburu (dalam hal melakukan perkara kebaikan), dan Allah lebih cemburu berbanding aku, sesungguhnya Allah menyukai golongan yang cemburu (ghirah) dari kalangan hamba-hamba-Nya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7095]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs