Sesungguhnya aku ini manusia seperti kalian jua, aku hanya bergurau dengan kalian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنما أنا بشر مثلكم أمازحكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya aku ini manusia seperti kalian jua, aku hanya bergurau dengan kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1108, hadis nombor 5615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي جعفر الخطمي أن رجلًا كان يكنى أبا عمرة فقال له النبي صلى الله عليه وآله وسلم: يا أم عمرة. فضرب الرجل يده إلى مذاكيره فقال النبي: مه. قال: والله ما ظننت إلا أنني امرأة قلت لي: يا أم عمرة فقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: إنما أنا بشر مثلكم أمازحُكم. [ابن عساكر، الضعيفة (7127)].

(Lemah) Daripada Abu Ja‘far al-Khatmi, bahawa terdapat seorang lelaki yang digelar Abu ‘Amrah. namun suatu hari Nabi SAW memanggil beliau: Wahai Ummu ‘Amrah. Lelaki itu memukul tangannya ke kemaluannya. Nabi SAW berkata: Tenanglah. Lelaki itu berkata: Demi Allah, kamu menyangka daku seorang wanita! Kerana itu kamu memanggilku wahai Ummu ‘Amrah. Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya aku ini manusia seperti kalian jua, aku hanya bergurau dengan kalian. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7127]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.