Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ أُمَازِحُكُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku ini manusia seperti kalian jua, aku hanya bergurau dengan kalian.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1108, hadis no. 5615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي جعفر الخطمي أن رجلًا كان يكنى أبا عمرة فقال له النبي صلى الله عليه وآله وسلم: يا أم عمرة. فضرب الرجل يده إلى مذاكيره فقال النبي: مه. قال: والله ما ظننت إلا أنني امرأة قلت لي: يا أم عمرة فقال النبي صلى الله عليه وآله وسلم: إنما أنا بشر مثلكم أمازحُكم. [ابن عساكر، الضعيفة (7127)].
(Lemah) Daripada Abu Ja‘far al-Khatmi, bahawa terdapat seorang lelaki yang digelar Abu 'Amrah. namun suatu hari Nabi SAW memanggil beliau: Wahai Ummu ‘Amrah. Lelaki itu memukul tangannya ke kemaluannya. Nabi SAW berkata: Tenanglah. Lelaki itu berkata: Demi Allah, kamu menyangka aku seorang wanita! Kerana itu kamu memanggilku wahai Ummu ‘Amrah. Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya aku ini manusia seperti kalian jua, aku hanya bergurau dengan kalian. [Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7127]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman