Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنِّي عَدْلٌ وَلَا أَشْهَدُ إِلَّا عَلَى عَدْلٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku ini adil, dan aku tidak akan berikan penyaksian melainkan pada keadilan.
Sahabat Perawi
- Bashir bin Sa‘ad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1111, hadis no. 5621. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Bashir bin Sa‘ad, isterinya memintanya untuk memberikan anaknya (al-Nu‘man) sedikit hadiah, maka Bashir melakukannya. Isterinya berkata: Dapatkanlah persetujuan Nabi SAW. Maka beliau pun datang bertemu Baginda. Baginda bertanya: Apakah kamu berikan untuk semua anak kamu sama seperti ini?Bashir menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Sesungguhnya aku ini adil, dan aku tidak akan berikan penyaksian melainkan pada keadilan. [Riwayat Ibn Qani‘ dalam Mu‘jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7130]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman