Sesungguhnya aku ingin memberitahukan kepada kamu satu hadis maka hafalkannya

TEKS BAHASA ARAB

إني محدثكم بحديث فاحفظوه، وحدثوا به من بعدكم: إن الله تبارك وتعالى اصطفى من خلقه خلقا، ثم تلا هذه الآية: (الله يصطفي من الملائكة رسلا ومن الناس) خلقا قد خلقهم للجنة، وإني أصطفي منكم من أحب أن أصطفيه، ومؤاخ بينكم كما آخى الله بين الملائكة. قم يا أبا بكر! فقام…)) الحديث. وهو طويل جدا في ثلاث صفحات. وفيه قصة مؤاخاته صلى الله عليه وسلم بين بعض الصحابة، كالمؤاخاة بين أبي بكر وعمر، وبين عثمان وعبد الرحمن بن عوف، وبين طلحة والزبير، وسعد وعمار، وأبي الدرداء وسلمان، ويتخلل ذلك ذكر بعض فضائلهم، منها ما يصح، وهو قليل، كقوله في أبي بكر: ((لو كنت متخذا خليلا، لا تخذتك خليلا)) ومنها ما لا يصح، وهو الأكثر، كقوله لسلمان: ((أنت منا أهل البيت، قد آتاك الله العلم الأول والعلم الآخر، والكتاب الأول والكتاب الآخر!)) وفي آخر الحديث المؤاخاة بينه وبين علي، وأنه قال له: ((والذي بعثني بالحق، ما أخرتك إلا لنفسي، فأنت عندي بمنزلة هارون من موسى، غير أنه لا نبي بعدي، وأنت أخي ووزيري ووارثي. . ما أورثت الأنبياء، كتاب الله، وسنة نبيهم، وأنت معي في قصري في الجنة مع ابنتي فاطمة…)) الحديث بطوله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di mana si Polan? Di mana si Polan? Dan Baginda SAW berterusan mencarinya. Lalu Baginda SAW utuskan orang untuk mencari mereka sehinggalah mereka berkumpul di sisi Baginda SAW. Lalu Baginda SAW telah bersabda: “Sesungguhnya aku ingin memberitahukan kepada kamu satu hadis maka hafalkannya, dan sampaikanlah ia kepada golongan selepas kamu: Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta‘ālā telah memilih daripada kalangan makhluk-Nya ciptaan. Kemudian Baginda SAW telah membaca ayat ini: Allah SWT memilih daripada kalangan malaikat utusan-utusan dan juga daripada kalangan manusia. [al-Ḥajj: 75] Ada golongan yang Allah SWT telah ciptakan mereka untuk syurga. Dan aku memilih daripada kalangan kamu sesiapa yang aku suka untuk memilihnya. Dan aku mempersaudarakan antara kamu sebagaimana Allah SWT mempersaudarakan antara malaikat-Nya. Bangunlah wahai Abū Bakr! Kemudian beliau pun bangun.’’ Ia merupakan hadis yang amat panjang sehingga sampai kepada tiga muka surat. Padanya juga kisah persaudaraan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW antara sebahagian para sahabatnya, seperti persaudaraan antara Abū Bakr dengan ‘Umar RA, antara ‘Uthmān dengan ‘Abd al-Raḥmān ibn ‘Awf RA , antara Ṭalḥhah dengan al-Zubayr RA, antara Sa‘d dengan ‘Ammār, Abū al-Dardā’ dengan Salmān, dan juga disebutkan beberapa kelebihan mereka. Ada antaranya yang sahih namun jumlahnya sedikit, seperti sabda Baginda SAW terhadap Abū Bakr RA: ‘’Sekiranya aku boleh memilih seorang kekasih, nescaya aku akan mengambil kamu sebagai kekasih.’’ Ada juga yang tidak sahih dan inilah yang lebih banyak, seperti sabda Baginda SAW terhadap Salmān RA: ‘’Kamu daripada kalangan kami Ahl al-Bayt. Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kamu ilmu awal dan akhir, juga kitab yang awal dan yang terakhir.” Dan pada penghujung hadis (terdapat) persaudaraan antara Baginda SAW dengan ‘Alī RA, dan Baginda SAW telah bersabda kepada beliau: ‘’Demi yang mengutuskan aku secara benar, tidaklah aku melewatkan kamu (dalam mempersaudara) melainkan untuk diriku sendiri. Kamu di sisiku adalah sama seperti kedudukan Harun dengan Musa, melainkan tidak ada Nabi selepasku. Kamu adalah saudaraku, menteriku, dan juga pewarisku (yang mewarisi) apa yang apa yang para Nabi telah wariskan, (iaitu) kitab Allah dan sunnah Nabi mereka. Dan kamu akan bersama denganku di dalam istana di syurga bersama dengan anak perempuanku Fatimah’’.

STATUS

Sangat munkar bahkan palsu secara zahirnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 42, hadis nombor 166. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا، بل موضوع ظاهر الوضع) عن زيد بن أبي أوفى – رضي الله عنه -، قال: دخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم مسجد المدينة، فجعل يقول: ((أين فلان؟ أين فلان؟)) فلم يزل يتفقدهم، ويبعث إليهم حتى اجتمعوا عنده، فقال: ((إني محدثكم بحديث فاحفظوه، وحدثوا به من بعدكم: إن الله تبارك وتعالى اصطفى من خلقه خلقا، ثم تلا هذه الآية: (الله يصطفي من الملائكة رسلا ومن الناس) خلقا قد خلقهم للجنة، وإني أصطفي منكم من أحب أن أصطفيه، ومؤاخ بينكم كما آخى الله بين الملائكة. قم يا أبا بكر! فقام…)) الحديث. وهو طويل جدا في ثلاث صفحات. وفيه قصة مؤاخاته صلى الله عليه وسلم بين بعض الصحابة، كالمؤاخاة بين أبي بكر وعمر، وبين عثمان وعبد الرحمن بن عوف، وبين طلحة والزبير، وسعد وعمار، وأبي الدرداء وسلمان، ويتخلل ذلك ذكر بعض فضائلهم، منها ما يصح، وهو قليل، كقوله في أبي بكر: ((لو كنت متخذا خليلا، لا تخذتك خليلا)) ومنها ما لا يصح، وهو الأكثر، كقوله لسلمان: ((أنت منا أهل البيت ، قد آتاك الله العلم الأول والعلم الآخر، والكتاب الأول والكتاب الآخر!)) وفي آخر الحديث المؤاخاة بينه وبين علي، وأنه قال له: ((والذي بعثني بالحق، ما أخرتك إلا لنفسي، فأنت عندي بمنزلة هارون من موسى، غير أنه لا نبي بعدي، وأنت أخي ووزيري ووارثي. . ما أورثت الأنبياء، كتاب الله، وسنة نبيهم، وأنت معي في قصري في الجنة مع ابنتي فاطمة…)) الحديث بطوله.
[البزار، عبد الله بن أحمد في ((الفضائل))، القطيعي في ((زيادته عليه))، طب، ((الضعيفة)) (2657)]

(Sangat Munkar Bahkan Palsu Secara Zahirnya) Daripada Zayd ibn Abu Awfā RA telah berkata: Aku telah bertemu dengan Rasulullah SAW di Masjid al-Madinah, kemudian Baginda SAW bersabda: “Di mana si Polan? Di mana si Polan?” Dan Baginda SAW berterusan mencarinya. Lalu Baginda SAW utuskan orang untuk mencari mereka sehinggalah mereka berkumpul di sisi Baginda SAW. Lalu Baginda SAW telah bersabda: “Sesungguhnya aku ingin memberitahukan kepada kamu satu hadis maka hafalkannya, dan sampaikanlah ia kepada golongan selepas kamu: Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Ta‘ālā telah memilih daripada kalangan makhluk-Nya ciptaan. Kemudian Baginda SAW telah membaca ayat ini: Allah SWT memilih daripada kalangan malaikat utusan-utusan dan juga daripada kalangan manusia. [al-Ḥajj: 75] Ada golongan yang Allah SWT telah ciptakan mereka untuk syurga. Dan aku memilih daripada kalangan kamu sesiapa yang aku suka untuk memilihnya. Dan aku mempersaudarakan antara kamu sebagaimana Allah SWT mempersaudarakan antara malaikat-Nya. Bangunlah wahai Abū Bakr! Kemudian beliau pun bangun.’’ Ia merupakan hadis yang amat panjang sehingga sampai kepada tiga muka surat. Padanya juga kisah persaudaraan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW antara sebahagian para sahabatnya, seperti persaudaraan antara Abū Bakr dengan ‘Umar RA, antara ‘Uthmān dengan ‘Abd al-Raḥmān ibn ‘Awf RA , antara Ṭalḥhah dengan al-Zubayr RA, antara Sa‘d dengan ‘Ammār, Abū al-Dardā’ dengan Salmān, dan juga disebutkan beberapa kelebihan mereka. Ada antaranya yang sahih namun jumlahnya sedikit, seperti sabda Baginda SAW terhadap Abū Bakr RA: ‘’Sekiranya aku boleh memilih seorang kekasih, nescaya aku akan mengambil kamu sebagai kekasih.’’ Ada juga yang tidak sahih dan inilah yang lebih banyak, seperti sabda Baginda SAW terhadap Salmān RA: ‘’Kamu daripada kalangan kami Ahl al-Bayt. Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kamu ilmu awal dan akhir, juga kitab yang awal dan yang terakhir.” Dan pada penghujung hadis (terdapat) persaudaraan antara Baginda SAW dengan ‘Alī RA, dan Baginda SAW telah bersabda kepada beliau: ‘’Demi yang mengutuskan aku secara benar, tidaklah aku melewatkan kamu (dalam mempersaudara) melainkan untuk diriku sendiri. Kamu di sisiku adalah sama seperti kedudukan Harun dengan Musa, melainkan tidak ada Nabi selepasku. Kamu adalah saudaraku, menteriku, dan juga pewarisku (yang mewarisi) apa yang apa yang para Nabi telah wariskan, (iaitu) kitab Allah dan sunnah Nabi mereka. Dan kamu akan bersama denganku di dalam istana di syurga bersama dengan anak perempuanku Fatimah’’.
[Riwayat al-Bazzar, Abdullah bin Ahmad dalam al-Fadha’il, al-Qathi’ie dalam Ziyadatuhu ‘Alaih, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2657]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs